MANCHESTER, 24.05.2024
YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah, bersama rombongan telah berkunjung ke Restoran Nur Malaysia Manchester (RNMM) di sini, hari ini.
Beliau diiringi oleh YBhg. Dato’ Wira Hj Isahak Murat, CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Pengajian Tinggi Negeri Kedah, untuk minum petang dan menikmati hidangan nasi goreng.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja dan program ramah mesra serta dialog YAB Menteri Besar bersama pelajar-pelajar di Manchester, United Kingdom.
Dalam suasana santai, YAB Menteri Besar turut menikmati hidangan kuih ketayap dan sempat bergurau dengan staf RNMM. Beliau bertanya, “Orang putih panggil kuih ketayap ni apa?” Staf RNMM menjawab, “Maaf Dato’, saya tidak tahu. Apa ya Dato’?” YAB Menteri Besar kemudian berkata, “Orang putih panggil coconut roll,” sambil ketawa.
Rombongan juga membungkus juadah untuk makan malam sebelum bergerak ke hotel.
Sebelum berpisah, staf Nur Malaysia menyampaikan cenderahati berupa kuih raya kepada YAB Menteri Besar daripada YBhg Pengerusi Eksekutif GISBH. Kuih raya tersebut dibuat sendiri oleh staf NM cawangan London.
Staf NM turut menyampaikan salam dari YBhg Tn. PE GISBH kepada YAB Menteri Besar dan berkongsi perkembangan mengenai perjalanan Tn. PE yang baru sahaja selesai menyertai Expo Halal di Kazan. YAB Menteri Besar membalas dengan menyatakan bahawa beliau baru sahaja berjumpa dengan Tn PE di Perlis,
“Baru jumpa Bos di Perlis…” katanya.
Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan beramai-ramai bersama YAB Menteri Besar di hadapan Restoran Nur Malaysia Manchester.