RAWANG, 8 Ogos 2024 –
Pengasas Jamu Ratu Malaya Holistik Sdn Bhd (JRMH), Bonda Rozita Ibrahim telah mengadakan kunjungan ke Ibu pejabat GISB Holdings Sdn Bhd di sini hari ini.
Bonda Rozita yang diiringi oleh Pengurusan Tinggi JRMH, disambut oleh Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tn. Hj. Nik Hazani Nik Muhammad, keempat-empat isteri PE GISBH dan pasukan pentadbiran GISBH.
Kunjungan ini adalah untuk menyambung silaturrahim susulan penyertaan JRMH ke Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabagsa (IITTE 2024) anjuran GISBH di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 1 – 4 Ogos yang lalu.
Pertemuan dimulakan dengan majlis taaruf di mana Bonda Rozita berkongsi kesukaran yang dialami diawal penubuhan JRMH, diikuti lawatan secara langsung ke Akuarium Air Masin berukuran 15 kaki yang terdapat di Ibu Pejabat GISBH.
Bonda Rozita dan rombongan kemudiannya dibawa menonton profil GISBH di bilik tayangan tingkat bawah, mengadakan perbincangan bersama PE GISBH di bilik mesyuarat di tingkat 2 dan seterusnya menikmati hidangan makan tengahari di tingkat 3.
Di antara perkara yang diperbincangkan termasuk berkaitan pelaburan hartanah di Mekah Al Mukarramah dan urus niaga produk keperluan asas seperti beras dan minyak masak juga produk import seperti mi segera dan minyak wangi.
Bonda Rozita juga mempelawa Tn. Hj. Nasiruddin dan pasukan ke Rumah Hutan, iaitu pusat peranginan miliknya di Batang Kali, Selangor.
Kunjungan diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada PE GISBH kepada Bonda Rozita dan pasukan pengurusannya diikuti sesi bergambar.
Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin antara kedua belàh pihak dapat menyumbang kepada pengukuhan ekonomi umat Islam di Malaysia.