Kunjungan Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan

Views: 726

TASHKENT, 22.11.2023
Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali telah melakukan kunjungan rasmi ke atas Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan,
TYT Ilham Tuah IIlias di Kedutaan Besar Malaysia ke Uzbekistan di sini baru-baru ini.

Turut bersama beliau dalam rangka melawat projek-projek GISBH di Tashkent ialah Ahli Lembaga Penasihat Muslimah GISBH, YBhg Pn Azura Md Yusof, Pn Ummu Mubarokah, Tn Mohd Suhaimie, Tn Mohd Syurahbil, juga Tn Rizal Rosli selaku Ketua Setiausaha Zon Uzbekistan mewakili Pengarah Zon, YBhg Tn Abbaad Attamimi serta beberapa wakil lagi berjumlah 13 orang.

Ini merupakan kunjungan pertama Tn PE ke atas TYT Duta yang baru bertugas di sini sejak bertukar dari tugas lamanya sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji.

Pertemuan dimulakan dengan sesi pengenalan dan kata-kata aluan TYT Duta juga ucapan tahniah pada Tn PE GISBH kerana berjaya mendidik remaja-remaja khususnya yang bertugas di luar negara menjalankan tanggung jawab mereka dalam syarikat.

TYT Duta juga bertanya perkembangan syarikat terkini antaranya berkaitan pertemuan Tn PE dengan cicit Sultan Abdul Hamid ii, Syehzade Abdul Hamid Khan yang berkunjung ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes baru-baru ini.

Beliau juga sangat memberi tumpuan ketika profil GISBH terkini ditayangkan dan mengambil catatan setiap perkara yang dikongsikan oleh Tn PE. Setelah TYT menonton profil terkini GISBH, beliau sangat yakin GISBH boleh menambah lagi projek-projek di Uzbekistan seperti perniagaan dobi layan diri.

Selain itu TYT Duta juga mencadangkan supaya Restoran Nur Malaysia Tashkent menukar van yang sedia ada kepada yang lebih besar untuk projek Food Van.

Tuan PE juga berminat meninjau peluang pelaburan dalam projek bas ekspres VIP untuk laluan Tashkent-Kyrgystan dan Tashkent-Tajikistan.

TYT Duta juga sangat menyokong baik usaha GISBH dalam projek ternakan ayam kerana menurutnya sudah banyak produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan telah diambil alih oleh pihak luar.

YBhg Tn PE turut menjemput TYT Duta ke Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah dan projek GISBH lain-lain negara untuk mengenali GISBH dengan lebih dekat.

TYT Duta juga berhasrat untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan GISBH melalui wakil Restoran Nur Malaysia Tashkent di sini.

Sebelum bersurai Ybhg Tn PE menyampaikan cenderahati berupa plak peta cawangan GISBH sedunia dan hamper barangan produk Ikhwan dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Moga perhubungan baik GISBH dengan wakil-wakil kerajaan Malaysia di luar negara akan memberi impak positif dalam mempromosi negara dan budaya Malaysia kepada warga asing.

Views: 726

Reviews for Kunjungan Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan

There are currently no reviews for Kunjungan Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan
Scroll to top