Kunjungan Pengerusi Eksekutif GISBH ke Pondok Al-Hasani

Views: 5

SAI BURI, 10.02.2023
Hubungan rapat GISBH dengan Pondok Al-Hasani di bawah kepimpinan Baba Suwari Hassan dikukuhkan dengan kedatangan Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan ke Pondok Al-Hasani di sini petang semalam.

Kedatangan rombongan Tuan Nasiruddin seramai 25 orang dengan 7 buah kenderaan disambut oleh Baba Suwari, Presiden Pengajian Pondok 5 Wilayah Selatan Thailand, DO Sai Buri, En Sommard Bara, Baba Mokhtar, serta kepimpinan GISBH yang telah sedia ada iaitu Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, Tuan Hasnan Abdul Hamid, para RPU dan pelajar-pelajar pondok dengan iringan selawat.

Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang baru selesai misi Silaturrahim, Ziarah, Dakwah dan Tijarah di negara-negara Scandinavia, Eropah dan Mekah serta beberapa hari di Malaysia malah sempat menghantar rombongan misi bantuan mangsa gempa bumi di Turkiye meneruskan perjalanan ke selatan Pattani, selatan Thailand.

Setelah menunaikan sembahyang bersama para pelajar, semua tetamu mengambil tempat masing-masing di meja hidangan.

Baba Suwari yang berpeluang melawat GISBH di Malaysia, Turki dan Haramain mengalu-alukan kedatangan Tuan Nasiruddin dan rombongan dan mengatakan beliau berusaha meniru perlaksanaan Islam sebagai cara hidup yang telah dilihatnya berlaku dalam GISBH.

Kelihatan pelajar-pelajar pondok beliau sudah tidak kekok bergabung dengan RPU dalam menghidang makanan dan melayan tetamu malah kasut dan selipar pun tersusun cantik di tangga surau.

“Walaupun tak seberapa tapi Baba nak tiru semua yang ada di GISBH seperti memberi hadiah kepada tetamu,” ujar Baba Suwari ketika menyerahkan ‘Goodies Bag’ kepada Tuan Nasiruddin dan para tetamu.

Begitulah sikap Presiden Pengajian Pondok 5 Wilayah Selatan Thailand yang bernaung di bawahnya lebih 500 buah pondok pengajian yang sangat menghormati Chairman GISBH dan meniru pengamalan Islam yang praktikal di dalam GISBH.

Moga Allah bantu seluruh para Ikhwan untuk benar-benar melaksanakan ajaran Islam agar masyarakat dapat kekuatan untuk sama-sama mengamalkannya.

Views: 5
Scroll to top