KUALA LINGGI, 18.10.2023
Dato’ Hj Idros Yahya, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) telah datang meninjau bot yang diberi nama Pilinukoy milik syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. bersama beberapa orang rakan sekerjanya dan staf TDA di sini baru-baru ini.
Bersama-sama beliau Mr. Lau, pemilik syarikat YP Marine, sebuah syarikat pembinaan, menjual dan membaiki kapal di Port Dikson dan En Zaidi pemilik syarikat MZ Marine.
Kedatangan beliau disambut mesra oleh wakil GISBH bertujuan pada awalnya untuk menguji sistem penghawa dingin yang terpasang di bot Pilinukoy untuk dipasang pada bot milik TDA.
Setibanya di limbungan kapal itu, beliau terus bergambar di sisi bot bernama Somunchu Baba (juga milik Syarikat GISBH) yang berlabuh di situ dengan motto GISBH, ‘Berjiwa Dan Membahagiakan’, sebelum dibawa ke bot Pilinukoy.
Menurut Dato’ Idros, beliau pernah menaiki bot itu sewaktu pergi ke Pulau Tioman satu masa dahulu, namun keadaannya berbeza dari sebelum ini.
Sewaktu berada di dalam bot Pilinukoy, wakil GISBH menerangkan bahawa Ybhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH pernah berada di bot itu selama dua malam juga menyatakan hasrat Tuan PE untuk pergi ke Dumai, Indonesia. Dato’ Idros mengakui keadaan di dalam bot itu selesa.
Di atas bot Pilinukoy itu juga, Dato’ Idros bercerita pada rakan-rakan sekerjanya bahawa beliau pernah berkunjung ke pusat perniagaan milik GISBH iaitu Wadi Berkat Datuk Ibu Hudaibiyah di Saudi dan Restoran Nur Malaysia Dubai, UAE.
Dato’ Idros seterusnya berkongsi tentang projek ayam yang sedang diusahakan Pengerusi Eksekutif GISBH pada rakan-rakannya.
Sedang mereka berbual, para tetamu dihidangkan Jus Ikhwan, yang pada asalnya Dato’ Idrus menolaknya, tetapi kemudian beliau menerimanya dengan baik sambil berkata “Kalau air Ikhwan saya nak!”.
Dato’ Idros juga menyatakan kedudukan tapak limbungan kapal (shipyard) itu stratergik dan wakil GISBH menyatakan perancangan Ybhg PE GISBH untuk membangunkan jeti pelabuhan di situ.
Sebelum bergerak pulang, Dato’ Idros menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan GISBH di masa hadapan.
Semoga hubungan baik di antara kedua belah pihak akan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.