Kunjungan rasmi Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke UAE

Views: 34

ABU DHABI, 10.04.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan telah mengadakan kunjungan rasmi ke atas Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), TYT Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Turut mengiringi YDH Tuan Pengerusi Eksekutif ialah ALP Muslimah, Puan Azura Mohd Yusof, wakil GISBH Dubai, Tuan Mohd Nafi’ Nasiruddin dan Tuan Attirillah Rosalan serta empat orang staf yang lain.

TYT Duta menyambut mesra rombongan GISBH di lobi Kedutaan Besar Malaysia Abu Dhabi diiringi dua orang pegawainya.

Di kesempatan ini, YDH Tuan Pengerusi Eksekutif berkongsi pelbagai perkembangan terkini Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd khususnya program Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah ke puluhan buah negara dan pertemuan-pertemuan dengan pimpinan masyarakat di Malaysia.

Antara perkembangan yang dikongsikan juga ialah projek percambahan tauge yang menjadi tanda tanya kepada TYT Duta dari sudut nilai kormesialnya lalu dimaklumkan oleh Tuan Pengerusi Eksekutif, ketika berada di salah sebuah negara Scandinivia beliau terjumpa tauge dijual di pasar raya dengan harga Euro 15 sekilogram.

Dorongan utama untuk mengusahakan projek taugeh di seluruh cawangan GISBH adalah untuk membekalkan makanan yang benar-benar suci dan halal kerana dari pengalaman Tuan Pengerusi Eksekutif, melihat sendiri tauge yang diusahakan oleh non Muslim di Malaysia disiram dengan air kencing manusia.

Sedangkan tauge digunakan dalam banyak hidangan masakan Melayu seperti mi goreng, kuetiaw, kerabu, tauhu sumbat, masak lemak tauge, tauge goreng kicap dan lain-lain.

Tuan Nasiruddin juga kongsikan pengeluaran tauge di GISBH Kelantan mencapai berat bertan-tan setiap bulan.

Antara perkembangan yang dikongsikan juga ialah projek ternakan Ayam Sihat Ikhwan yang sangat diberi perhatian apabila terdapat keraguan berkaitan status kehalalan ayam-ayam yang berada di pasaran.

TYT Duta bertanya berkenaan staf-staf Ikhwan yang memakai songkok tinggi, lalu dimaklumkan kepadanya ia adalah produk dari Kilang Songkok Ikhwan di Indonesia. “Sudah tentulah orang-orang Ikhwan sendiri menjadi pelanggan pertama produk kita sebelum orang lain,” ujar Puan Azura. “Presiden Jokowi sendiri menempah songkok di Kilang Songkok Ikhwan,” sambung Tuan Pengerusi Eksekutif pula.

Berkenaan dengan nelayan Ikhwan yang menangkap ikan di laut dalam, TYT Duta mencadangkan agar pihak GISBH bertemu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu untuk mendapatkan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan nelayan.

TYT Duta sedia maklum GISBH telah lama bertapak di Dubai dengan perniagaan restoran Nur Malaysia Dubai dan mengambil kesempatan membuat tempahan katering untuk jamuan berbuka puasa di kedutaan.

Restoran Nur Malaysia Dubai yang telah beroperasi lebih 7 tahun yang lalu bukan sahaja menjadi tumpuan warga Malaysia di Dubai malah menjadi pilihan warga asing khasnya rakyat India yang banyak bekerja di sana.

Sebenarnya maklumat dan pengalaman dari perniagaan yang dilakukan oleh GISBH selama ini boleh membantu pengusaha Malaysia yang lain memandangkan menurut TYT Duta undang-undang perniagaan sangat ketat di Dubai.

Di akhir pertemuan, pihak GISBH menghadiahkan hamper produk keluaran GISBH kepada TYT Duta termasuk Tauge Ikhwan yang TYT Duta sifatkan,
“Yang ni selamat!”

Moga hubungan baik di antara GISBH dengan TYT Duta dan Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dan seluruh dunia berterusan dan membuahkan kerjasama baik untuk kedua belah pihak.

Views: 34

Reviews for Kunjungan rasmi Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke UAE

There are currently no reviews for Kunjungan rasmi Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke UAE
Scroll to top