Kunjungan Setiausaha NCMF ke WBSGI Mekah

Views: 586

MEKAH, 22.06.2024
Setiausaha National Commission Of Muslim Filipino (NCMF) Hon. Sabuddin Abdulrahim bersama 6 orang yang lain telah berkunjung ke Wadi Berkat Syarikat Global Ikhwan (WBSGI) di sini hari ini.

NCMF ialah sebuah kementerian di dalam kerajaan Filipina yang mewakili seluruh umat Islam di Filipina.

Ini merupakan kunjungan kedua beliau ke GISB Holdings setelah kunjungan pertama di ibu pejabat GISBH, Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang semasa majlis MOU di antara NCMF dengan GISBH.

Di WBSGI, beliau dan rombongan telah disambut oleh Tn. Hj. Nik Hazani Nik Mohammad, salah seorang Ahli Lembaga Penasihat GISBH, mewakili Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH yang tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan di Jeddah.

Para tetamu telah dijemput menjamu selera dengan hidangan makan malam di Coffee House Ikhwan WBDGI.

Di pertemuan ini, pihak GISBH dan NCMF mengambil peluang berbincang mengenai memorandum persefahaman yang telah dimeterai kedua belah baru-baru ini.

Moga pertemuan di tanah suci ini menambah eratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak dan mengukuhkan lagi kerjasama.

Views: 586

Reviews for Kunjungan Setiausaha NCMF ke WBSGI Mekah

There are currently no reviews for Kunjungan Setiausaha NCMF ke WBSGI Mekah
Scroll to top