Kunjungan singkat PM ke Kem Pengurusan Bencana Nurdagi, Gaziantep

Views: 14

GAZIANTEP, 15.02.2023
Hari ini kem operasi penyelamat Nurdagi telah menerima kunjungan YAB PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau ke Turki atas jemputan Presiden Turkiye Rejab Tayyib Erdogan.

Beliau tiba sekitar jam 9 pagi diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali.

YAB PM telah meluangkan masa beberapa ketika bersama anggota pasukan penyelamat Malaysia yang telah sampai di sini sejak 7 Februari lepas.

Turut sama bersama rombongan ialah Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Turki. Kedua mereka mengenal baik Tuan Chairman GISBH YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali serta Tuan CEO YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

Selain daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di Nurdagi, delegasi MAPIM dan GISBH juga terlibat memberi bantuan di sini.

GISBH menyediakan dua buah motorhomes bagi keperluan logistik, surau, dapur, tempat rehat, tempat penyediaan makanan serta pelbagai persiapan sepanjang misi juga diiringi sebuah minibus Sprinter Mercedes dengan 8 orang staf di kalangan RPU.

Delegasi MAPIM dan GISBH telah membuat persiapan untuk menyambut YAB PM tetapi beliau terus ke kawasan bencana kerana masa tidak mengizinkan namun begitu ketua delegasi GISBH YBhg Tuan Abulfida’ Nasiruddin sempat bersalaman dan memperkenalkan diri sebagai wakil GISB Holdings Sdn. Bhd.

Moga Allah nilai segala usaha yang dibuat untuk memberi bantuan kebajikan kepada para penyelamat dari Malaysia sebagai ibadah dalam mengurangkan kesengsaraan keluarga mangsa gempa bumi di sini.

Views: 14

Reviews for Kunjungan singkat PM ke Kem Pengurusan Bencana Nurdagi, Gaziantep

There are currently no reviews for Kunjungan singkat PM ke Kem Pengurusan Bencana Nurdagi, Gaziantep
Scroll to top