Kunjungan SUK Negeri Melaka ke Ikhwan Garden Cafe

Views: 29

DURIAN TUNGGAL, 02.07.2022
Setelah selesai dinaik taraf, Ikhwan Garden Cafe cawangan Melaka menerima lebih ramai pelanggan. Antara yang datang ialah SUK Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi bin Johari dan rombongan untuk makan tengahari di sini, baru-baru ini.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Melaka Implementation Monitoring Office (MIMO), En Azizul Adzran bin Mahmor dan Penghulu DUN Paya Rumput, En Firdaus Abd Wahid.

Jumlah yang hadir bersama YB Datuk SUK ialah seramai 30 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada pegawai-pegawai MIMO dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JUPERUN).

ADUN Paya Rumput, YB Datuk Rais bin Yasin tidak dapat hadir kerana menjalani kurantin sebagai persiapan untuk menunaikan Haji ke Mekah.

Antara menu makanan secara bufet yang ditempah ialah nasi putih, ayam masak lemak cili padi, Ikan pelaling goreng, kacang panjang goreng campur hati ayam, ulam dan sambal belacan. Minuman yang ditempah ialah air sunquick ais dan teh O pudina panas.

Ada di kalangan mereka yang pernah sampai ke restoran GISBH di luar negara seperti di Sarajevo, Paris dan Istanbul dan mengatakan senang mencari makanan halal kerana cawangan restoran GISBH di merata dunia.

Mereka yang memerhatikan hiasan dalaman terkini Ikhwan Garden Cafe pula mengatakan ia sesuai untuk dibawa para ‘VIP’.

Para tetamu juga dimaklumkan bahawa GISBH mempunyai 120 buah cawangan restoran di seluruh dunia yang mana ia dibangunkan tanpa membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan dan bukan sahaja majoriti yang mengendalikannya adalah para remaja malah semua renovasi dan hiasan dalamannya dibuat oleh remaja-remaja GISBH sendiri.

YB Datuk Zaidi mengucapkan tahniah kepada pihak Ikhwan atas pembukaan restoran ini yang menggalakkan lagi penyertaan bumiputera Melayu dalam industri restoran terutama di Krubong, khasnya di Melaka dan mengajak orang ramai menikmati masakan kampung yang menyelerakan di sini.

“Selamat maju jaya untuk Ikhwan di sini, moga terus maju jaya,” ujarnya mengakhiri ucapan.

Moga keindahan Islam dapat dirasai melalui perkhidmatan pelayanan yang baik, tempat yang bersih, selesa dan menarik juga menu masakan yang menepati citarasa pelanggan.

Views: 29

Reviews for Kunjungan SUK Negeri Melaka ke Ikhwan Garden Cafe

There are currently no reviews for Kunjungan SUK Negeri Melaka ke Ikhwan Garden Cafe
Scroll to top