ISTANBUL, 27.12.2022
Konsulat Jeneral (CG) Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan isteri telah berkunjung ke Restoran Nur Muhammad Istanbul (RNMI) salah sebuah daripada rangkaian restoran GISBH di sini, baru-baru ini.
Isteri YBhg Tuan CG, Puan Noor Lily Mohamed Zaidel gembira kerana dapat bertemu dengan staf perempuan di RNMI kerana dalam kunjungan selama ini hanya terdapat staf lelaki sahaja yang melayan pelanggan.
Beliau yang kelihatan menitik beratkan soal pendidikan anak-anak banyak bertanya mengenai pendidikan dalam GISBH termasuk pendidikan vokasionalnya yang bukan sahaja memberi peluang pelajar mendalami ilmu malah mendapat kemahiran hidup untuk digunakan di alam pekerjaan.
Puan Lily juga berkongsi dengan CG perkenalannya dengan Dr Azlina di Ekspo Halal OIC baru-baru ini iaitu Dr Azlina sertai syarikat ini sejak Almarhum Ust Ashaari masih ada lagi dan membantu GISBH membuka klinik pakar pergigian dan Kompleks Perubatan di Pusat Perniagaan Ikhwan (PPI) Bandar Country Homes, Rawang.
Di kesempatan itu juga beliau memuji keberadaan GISBH di Ekspo Halal OIC khasnya keupayaan Pengerusi Eksekutif dan pasukannya untuk membina pavilion GISBH dua tingkat sedangkan maklumat diberitahu saat-saat akhir.
“Kalau dimaklumkan awal tentu lebih hebat dari itu,” komennya.
CG juga menyuarakan rasa terkilan kerana ekspo itu tidak dapat menarik ramai pengunjung kerana masalah penganjuran.
Apabila wakil GISBH mengatakan, di booth GISBH ketika dibuat persembahan kanak-kanak ramai pengunjung yang datang untuk menonton hiburan kebudayaan Islam.
CG mengiakan dan mengatakan sedangkan banyak pentas-pentas tetapi tidak diisi dengan program-program yang sesuai, kalau ada pun hanya pertunjukan fesyen tetapi malangnya tidak memakai tudung.
Puan Lily mengatakan ada usaha mempelawa syarikat-syarikat dari Malaysia untuk menyertai ekspo ini tetapi tiada sambutan sebab mereka memikirkan keuntungan.
Bila wakil GISBH menyebut kalau Ekspo Halal sebelum ini, GISBH diberi peluang membuat persembahan pentas tetapi tidak untuk kali ini, CG menyatakan, jika ada program selepas ini akan dimaklumkan lebih awal.
Begitulah prihatinnya CG berkenaan perkembangan syarikat Bumiputra Islam Malaysia di Turkiye ketika berkunjung di Restoran Nur Muhammad Istanbul.
Moga hubungan baik ini berterusan dan dapat membibitkan kerjasama lebih erat antara dua pihak demi kebaikan bersama.