MARAWI CITY, 30.06.2023
YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah GISBH telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Perdagangan bagi wilayah Lanao Selatan di bawah Kementerian Perdagangan Bangsamoro Autonomus Region of Mindanao (BARM) Mohammad Aquil Alonto Mamainte di pejabat beliau di sini.
Mr. Mohammad Aquil 46, berterima kasih dan mengalu-alukan kedatangan rombongan GISBH dan memohon maaf kerana tidak dapat maklumat awal dan tidak membuat apa-apa persediaan seperti memakai pakaian tradisi dalam menyambut tetamu.
Tuan Ahmad Anuar menyampaikan salam YDH Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali kepada Mr. Mohammad dan meminta izin untuk menayangkan video profil Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd kepada beliau dan pasukannya.
“Malaysia adalah abang kami, kami jadikan Malaysia sebagai contoh untuk ditiru kerana kami tidak sesuai meniru negara-negara Arab kerana Bangsamoro lebih dekat dengan orang Melayu kerana budaya kita sama, kita mempunyai talian darah,” ujar beliau.
Antara tanaman yang berpotensi di Marawi menurut beliau adalah kopi dan abaca (pokok yang mempunyai serat yang menjadi bahan asas untuk membuat kertas).
Menjawab soalan Tuan Ahmad Anuar berkaitan rumah sembelihan ayam halal, Mr. Mohammad Aquil mengatakan rumah sembelihan langsung tiada di Marawi samada yang halal atau tidak. Jika GISBH ingin memulakan pusat sembelihan ayam ia sangat membantu masyarakat Islam di sini.
Tuan Ahmad Anuar juga bertanya beberapa perkara berkaitan perniagaan di Marawi City seperti syarat-syarat membawa masuk produk-produk dari Malaysia, pelabuhan yang sesuai untuk tujuan tersebut dan respons beliau ialah beliau akan dapatkan maklumat yang diperlukan dari pihak yang berkenaan.
Pertemuan penuh mesra dan kasih sayang itu diakhiri dengan jamuan minum pagi kuih muih masyarakat Bangsamoro dan sesi bergambar beramai-ramai.
YDH Tuan Ahmad Anuar juga menyerahkan kepada Mr. Mohammad Aquil Booklet Profil GISBH dan Booklet Perjalanan Tuan Pengerusi Eksekutif di seluruh Thailand.
Moga Allah rahmati seluruh umat Islam dan dianugerahkan ketakwaan untuk layak memerima bantuan dan pembelaan dari-Nya.