Kunjungan wakil GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Oman

Views: 904

MUSCAT, 19.09.2023
YBhg Tuan Muhammad Nafi’ Nasiruddin, Pengarah GISBH Zon Negara Teluk, bersama dua orang staf GISBH Dubai telah melakukan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Oman, TYT Shaiful Anuar Mohammad di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat ini dilakukan atas saranan dan panduan YBhg Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Haji Nasiruddin Mohd Ali untuk meninjau peluang membuka perniagaan GISBH di Oman.

TYT Shaiful Anuar Mohammad meluahkan rasa berbesar hati menerima kunjungan delegasi GISBH.

Berbagai maklumat yang dikongsikan oleh TYT Duta mengenai negara Oman dan mengenai rakyat Malaysia yang tinggal di Oman, khususnya di ibu negaranya, Muscat.

Tuan Md Nafi’ menyampaikan salam daripada Pengerusi Eksekutif GISBH kepada TYT Duta dan menyampaikan hasrat untuk membuka sebuah restoran Malaysia di Muscat.

Hasrat GISBH ini disambut baik oleh TYT Duta dan berkongsi tentang pernah ada sebuah restoran Malaysia di Muscat tetapi telah ditutup ketika pandemik COVID-19 melanda.

Beliau juga memaklumkan bahawa hubungan diplomatik atas nama negara antara Malaysia dan Oman juga sangat baik dan hampir 25 ribu orang pelancong warga Oman berkunjung ke Malaysia setiap tahun.

Program kunjungan mesra ini berlaku selama hampir dua jam setengah dengan pelbagai maklumat dikongsikan daripada kedua-dua belah pihak.

Di akhir pertemuan, Tuan Md Nafi’, mewakili YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH telah menyampaikan cenderahati berupa produk keluaran GISBH kepada TYT Duta.

Beliau juga menyampaikan plak cawangan GISBH seluruh dunia kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Muscat sebagai simbolik kepada program kunjungan hormat GISBH ke sini.

Dalam lawatan GISBH ke sini juga, rombongan dapat menyantuni komuniti Melayu Malaysia yang bermastautin di Muscat. Terdapat 500 orang rakyat Malaysia yang menetap di Oman dari pelbagai latarbelakang.

Rombongan GISBH juga berkesempatan berkenalan mesra dengan seorang warga Oman, Mr.Faisal Al Shabibi yang banyak membantu di sepanjang keberadaan mereka di sana.

Mr. Faisal juga merupakan pegawai perhubungan awam di Syarikat Petronas yang beroperasi di Muscat.

Moga Allah rahmati hubungan dua hala yang telah diwujudkan ini dan menjadi sebab wujudnya sebuah restoran Malaysia atas nama Bumiputera Melayu Islam di bumi Muscat, Oman.

Views: 904

Reviews for Kunjungan wakil GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Oman

There are currently no reviews for Kunjungan wakil GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Oman
Scroll to top