Kursus Khidmat Pelanggan oleh Aunty Rom kepada staf GISBH

Views: 20

RAWANG, 31.05.2023
Satu kursus mengenai khidmat pelanggan bagi barisan hadapan staf Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH) oleh Aunty Rom telah diadakan di Panggung Ikhwan di sini semalam.

Aunty Rom atau nama sebenarnya Dr Ramlah Sulaiman 71, berpengalaman luas di pelbagai bidang seperti pernah menjadi Food Tester di MARDI dan juga bertugas di bidang System Analyst di JPM dan Johor Port.

Sebagai pemegang diploma dalam Agro, ijazah dalam bidang System Analyst dan PhD dalam jurusan Saikologi di Australia, Aunty Rom kelihatan sangat berpengalaman mengendalikan Kursus Khidmat Pelanggan kepada 21 orang peserta di kalangan pengurus dan staf frontliner Muslimah PPIBCH.

Beliau yang merupakan kawan kepada kakak YDH Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, menggariskan 5 dasar yang perlu diamalkan oleh frontliner Ikhwan iaitu menyambut pelanggan dengan mesra, menjaga adab dan akhlak, berpakaian yang kemas dan bersih,
mempunyai daya pujuk dan menyantuni pelanggan dengan ucapan terima kasih jemput datang lagi apabila ingin pulang.

Kursus khidmat pelanggan yang julung-julung kali diadakan ini dibuat secara teorinya di panggung Ikhwan dan seterusnya secara amali di Restoran GH Corner PPIBCH membuka fikiran kepada para peserta untuk meningkatkan kualiti kerja mereka selama ini.

Ia adalah hasrat YDH Tuan Pengerusi Eksekutif sendiri untuk memastikan setiap staf GISBH khususnya para barisan hadapan mempunyai keperibadian yang tinggi dan bersikap profesional dalam berkhidmat dan berhadapan dengan karenah pelanggan.

Moga segala ilmu dan panduan yang disampaikan oleh Aunty Rom menjadi amalan semua staf barisan hadapan GISBH seluruh dunia agar pelanggan
terhibur dan terasa kebesaran Allah ketika berkunjung di premis-premis perniagaan Ikhwan.

Views: 20

Reviews for Kursus Khidmat Pelanggan oleh Aunty Rom kepada staf GISBH

There are currently no reviews for Kursus Khidmat Pelanggan oleh Aunty Rom kepada staf GISBH
Scroll to top