Kursus ‘Rescue Team’ GISBH

Views: 24

TEMERLOH, 10.06.2022
Satu kursus ‘Rescue Team’ telah dianjurkan oleh Sektor Kebajikan, Keluarga dan Kesihatan GISBH selama lima hari di Dewan Tuan Rasidi, Pusat Perniagaan Ikhwan di sini.

Kursus dalaman GISBH ini di bawah pantauan Tuan Azri bin Mohd Yunus, Pengurus Jabatan Bencana Alam GISBH dan tenaga pengajar atau jurulatihnya ialah Kol. (Dr.) Mohd Yusof bin Abu Bakar (B) dan Dr(H) Hamzah bin Othman.

Kursus peringkat zon GISBH wilayah timur ini disertai seramai 13 orang peserta sebagai wakil dari GISBH Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ybhg Tuan Azri Mohd Yunus dalam ucapannya menekankan agar peserta kursus memberi sepenuh tumpuan di dalam kursus ini demi melahirkan satu pasukan penyelamat yang berkemahiran tinggi yang mampu turun ke lokasi bencana bila-bila masa diperlukan dalam memberi perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat.

Antara tajuk-tajuk kuliah dan ‘praktikal’ yang dijalankan ialah Pengenalan Rescue Team atau Pengurusan Bencana, Pengenalan Anatomi dan Fisiologi, Sistem Peredaran Darah, Sistem Pernafasan, Sistem Otot dan Rangka, Sistem Penghadaman, Renjatan dan Tidak Sedarkan Diri, Luka dan Pendarahan, Kecederaan Tulang, Sendi dan Otot, Terbakar dan Melecur, Kecederaan Haba (Hiper/Hipotermia), Sengatan dan Gigitan, Keracunan, Dressing, Bandage dan Splint, Kesihatan Medan, Penyakit Berjangkit , Vital Signs (BP/P/R/T/SpO2), Teknik Suntikan, Jahitan dan Infusi Intravena, Penilaian Pesakit dan Komunikasi Klinikal, CPR dan diakhiri dengan ujian.

Di dalam kursus intensif ini, para peserta juga dapat belajar secara ‘praktikal’ teknik-teknik untuk memberi bantuan kecemasan kepada pesakit yang pengsan juga yang telah berhenti denyutan nadinya.

Moga dengan kursus yang dijalankan ini para peserta dapat berkongsi ilmu dan maklumat dengan pasukan di negeri masing-masing sebagai persiapan untuk menambah maklumat dan kemahiran dengan agensi kerajaan yang bersangkutan seperti APM, BOMBA dan NADMA.

Views: 24

Reviews for Kursus ‘Rescue Team’ GISBH

There are currently no reviews for Kursus ‘Rescue Team’ GISBH
Scroll to top