Lantikan barisan EXCO AMEC, peluang untuk berkhidmat

Views: 567

KUALA LUMPUR, 22.05.2024
Telah berlangsung Majlis Perasmian dan perlantikan barisan
exco Animal Malaysia Equine Centre (AMEC) di ibu pejabat Persatuan Haiwan Malaysia di Jalan Balam, Taman Million, di sini hari ini.

Di majlis ini juga telah diadakan penyampaian watikah perlantikan Pegawai Kehormat AMEC kepada Ketua Pegawai Penyelaras GISB Holdings Sdn. Bhd. merangkap Presiden Rangkaian Pembina Ukhuwah (RPU) YBhg. Tn. Hj. Muhammad Adib At-Tamimi bin Asaari.

Beliau merupakan penggerak utama sukan sunnah berkuda Ikhwan Equestrian dan Ikhwan Stud Farm di dalam GISBH yang mempunyai 10 stable kuda di Malaysia, 8 di luar negara dengan jumlah kuda sebanyak 187 ekor.

Turut dilantik sebagai barisan exco ialah Muhammad Afdhaluddin Latif sebagai Aktivis AMEC, Muhammad Syarif Hidayatullah Chek Khairil Anwar sebagai Exco Pendidikan AMEC, Muhammad Hamdi Mohd Noor sebagai Exco Perhubungan Awam AMEC, Mohamad Riza Makar sebagai Aktivis AMEC, Ahmad Husamullah Ahmad Fauzi sebagai Jurulatih dan Hanis Nabilah Mohd Hezri sebagai Pembantu Jurulatih.

Watikah perlantikan disampaikan oleh Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Saudara Arie Dwi Andika dengan diiringi Pengarah AMEC Puan Nur Syuhada Kamaruddin yang juga pengasas Kempen ‘Kita Jaga Kuda’.

Menurut Face Book rasmi Persatuan Haiwan Malaysia dengan perlantikan ini memberi peluang kepada mereka yang memang terlibat secara langsung dalam industri ekuin untuk terus berperanan memperkasakan pendidikan dan kebajikan pengurusan kuda di Malaysia.
Ia bakal memberi manfaat terhadap kesedaran masyarakat terutama pemain indusrti kuda baharu mengenai kepentingan profesionalisma mengendalikan kuda secara ‘by-law’ dan pematuhan keselamatan demi memelihara nasib kuda supaya tidak berakhir dengan pengabaian.

Menurutnya lagi, Misi dan visi jelas AMEC adalah menjunjung tinggi pendidikan dan latihan secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) melalui penganjuran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengurusan Kuda. Ilmu kuda juga akan diperkembangkan ke peringkat pendidikan sekolah rendah, menengah hingga ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Moga dengan penglibatan semua dalam sukan sunnah berkuda ini samada pemain industri ekuin mahupun peminat di luar akan memupuk rasa cinta dan rindukan Nabi Muhammad SAW agar layak mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak.

Views: 567

Reviews for Lantikan barisan EXCO AMEC, peluang untuk berkhidmat

There are currently no reviews for Lantikan barisan EXCO AMEC, peluang untuk berkhidmat
Scroll to top