Larian menawan KOMTAR

Views: 6

PULAU PINANG, 29.11.2022
GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang merupakan Rakan Strategik Misi Menawan 10 Menara Malaysia dan 30 Menara Tertinggi di Dunia (MM1030) bersama Ikon Sukan Negara, Mejar (K) Dr. Suwaibah Nasir sekali lagi berkolaborasi dengan beliau menawan KOMTAR.

Baru-baru ini misi MM1030 sekali lagi berjaya dilaksakan di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR Pulau Pinang) dengan kehadiran YBhg Tuan Syarif Hidayatullah Che Khairil Anuar, Pengarah GISBH Wilayah Utara, Mejar (K) Dr Suwaibah Nasir, YB Teh Lai Heng, ADUN KOMTAR, En Ahmad Zuhairi, CEO Setiaurus KOMTAR, En Khalid Hashim, Presiden Komited Malaysia dan Hj Zaini Ramlee, Pengerusi MM1030.

Majlis pembukaan dipengerusikan oleh wakil GISBH manakala acara pelepasan larian disempurnakan oleh YB Teh Lai Heng di mana seramai 5 orang RPU memulakan larian kemudian disusuli oleh Mejar (K) Dr. Suwaibah secara solo.

Keseluruhan larian ke tingkat 61 menaiki sebanyak 1217 anak tangga dengan catatan masa selama 19 minit 20 saat, seterusnya hadirin dijemput untuk minum petang serta penyampaian anugerah dan sesi bergambar.

GISBH selaku penaja rasmi turut berkhidmat meriahkan majlis dengan membuka booth pameran GISBH, booth jualan produk Ikhwan, media Ikhwan TV dan live streaming Ikhwan TV.

Terdahulu penglibatan GISBH di dalam misi MM1030 ini sudah berjaya menawan menara Kuantan 188, Kuantan Pahang dan baru-baru ini di Menara Alor Setar, Kedah.

Hasil kerjasama yang dijalankan, masyarakat berpeluang membeli sendiri produk halal yang keluaran GISBH dan mengenali syarikat GISBH dengan lebih dekat dengan mengetahui perkembangan GISBH yang kini semakin pesat dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan samada di dalam mahupun di luar negara.

Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan ini semakin mendapat perhatian masyarakat kerana matlamat GISBH dalam Misi MM1030 ini adalah untuk membawa mesej keamanan, kedamaian dan kesejahteraan ke seluruh dunia.

Views: 6

Reviews for Larian menawan KOMTAR

There are currently no reviews for Larian menawan KOMTAR
Scroll to top