Lawatan CEO MAPIM Ke Vila GISBH Istanbul

Views: 6

ISTANBUL, 25.06.2022
Ybhg Dr Ahmad Sani Araby, CEO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan rombongan telah berkunjung ke vila GISBH di kawasan perumahan Buyukcemece, Terpekent di sini baru-baru ini.

Beliau yang datang ke Turki bersama 4 ahli rombongan atas urusan perniagaan mengambil peluang singgah ke vila GISBH atas pelawaan CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten sempat menunaikan sembahyang, makan tengahari, melawat beberapa sudut di dalam dan luar vila sambil berbual-bual dengan kepimpinan GISBH di Istanbul.

Selama lima jam berada di vila GISBH, banyak perkara yang dibincangkan bersama beliau khususnya berkaitan disiplin dan sistem hidup para remaja di dalam GISBH.

Dr Ahmad Sani juga berkesempatan melawat motorhome milik GISBH yang telah menempuh perjalanan yang jauh dari Dubai ke Istanbul membawa mesej keamanan antaranya misi bantuan kemanusiaan yang mendapat kerjasama pihak MAPIM.

Untuk meneruskan lagi misi bantuan kemanusiaan yang telah lama dilakukan oleh beliau melalui MAPIM ini, Dr. Ahmad Sani berhasrat membeli 4 buah helikopter dan sebuah vila yang terletak bersebelahan vila GISBH.

Semoga ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama Islam dan cita-cita yang sama untuk memberi khidmat kepada manusia akan mengukuhkan hubungan GISBH dengan semua pihak khususnya Dr. Ahmad Sani dan pasukannya dari MAPIM.

Views: 6

Reviews for Lawatan CEO MAPIM Ke Vila GISBH Istanbul

There are currently no reviews for Lawatan CEO MAPIM Ke Vila GISBH Istanbul
Scroll to top