Lawatan Eksekutif Chairman GISBH ke pusat penyembelihan biri-biri di Australia

Views: 8

NARROGIN, 27.03.2023
Satu lawatan meninjau kerja-kerja penyembelihan, pemprosesan dan pembungkusan daging biri-biri, telah dilakukan oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH bersama 12 ahli rombongan di pusat penyembelihan Hillside Meat Processor Pty Ltd (HMP) di sini baru-baru ini.

Kilang yang terletak di 148, Boxell Road, bandar Narrogin, dalam wilayah Wheatbelt, kira-kira 192 km di tenggara Perth, Australia Barat itu memulakan operasi pada tahun 2012 memasarkan produk utamanya, daging biri-biri kibas ke negara-negara Timur Tengah, tapi kini mula mengeksportnya ke negara-negara majoriti penduduk Islam di Asia.

Setelah menaik taraf mesin memproses daging kambing dan pertambahan 5 orang tenaga penyembelih dari Malaysia yang mendapat tauliah penyembelihan dari JAKIM, kini HMP berupaya memproses 2000 ekor kambing kategori seekor (karkas) dan 2100 ekor daging kambing kategori potongan bahagian badan, sehari.

Kedua-dua kategori daging kambing ini dieksport dalam bentuk frozen atau ‘coldblast’ dan pihak syarikat sangat memastikan tiada percampuran antara produk ini dengan produk-produk halal lain samada ikan atau ayam lebih-lebih lagi yang tidak halal.

Walaupun kilang itu bersaiz kecil, tetapi bersifat komprehensif, bermula dari kerja-kerja penyembelihan, melapah, memotong dan membungkus daging untuk tujuan eksport dapat dilakukan di tempat yang sama.

Inilah yang menarik minat Pengerusi Eksekutif GISBH, yang merancang untuk mengadakan projek sedemikian dalam GISBH dalam usaha membekalkan daging kambing halal untuk keperluan umat Islam dan HMP bersedia memberi kerjasama dalam menjayakan cita-cita tersebut.

Semoga usaha yang dihasratkan pemimpin GISBH mendapat kejayaan demi memastikan umat Islam tidak terus terhina dengan memakan daging yang tidak benar-benar diketahui sumber halal atau haram.

Views: 8

Reviews for Lawatan Eksekutif Chairman GISBH ke pusat penyembelihan biri-biri di Australia

There are currently no reviews for Lawatan Eksekutif Chairman GISBH ke pusat penyembelihan biri-biri di Australia
Scroll to top