Lawatan GISBH ke kilang minuman soya di Yala

Views: 371

YALA, 10.03.2024
Beberapa orang wakil GISBH diketuai oleh Pengarah Zon GISBH Thailand, YBhg Tn. Aminuddin Sani telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang soya di Tambon Tasab, di sini, hari ini.

Kilang tersebut diusahakan oleh En. Anuar seorang muallaf yang diperkenalkan oleh Chang Lee, kontraktor pembinaan houseboat GISBH di Tasik Bang Lang, Yala.

En. Anuar bekerjasama dengan seorang usahawan lagi, En. Daud, seorang Cina Muslim yang berasal dari Chiangrai, Thailand yang keluarganya masih berada di negara China.

Kilang minuman soya di bawah nama Syarikat Toyyiban Food ini mengeluarkan produk-produk minuman yang berasaskan soya dan susu dengan pasarannya meliputi Thailand juga dieksport ke 12 buah negara termasuk China, negara-negara Afrika dan Timur Tengah.

Beliau sedia bekerja sama dengan GISBH mengeluarkan produk Original Equipment Manufacturer (OEM) kerana kilangnya memiliki beberapa sijil pengiktirafan untuk mengeksport produk minuman ke seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.

Hasil dari menonton video profil GISBH, beliau tertarik dengan usaha YBhg Pengerusi Eksekutif, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali dan pencapaian GISBH dalam hal menegakkan Islam sebagai cara hidup dan memperjungkan halal bukan setakat produk makanan dan minuman tetapi gaya hidup yang halal.

Terdahulu, En. Anuar juga mengusahakan tanaman durian seperti durian bantal emas, tangkai panjang dan lain-lain durian kahwin dengan kaedah penanaman dan penjagaan yang direka sendiri bagi menghasilkan
durian berbuah besar dan lebat tanpa menggunakan baja kimia.

Beliau juga mempunyai perniagaan house boat di Banglang dan syarikat pengedaran susu lembu untuk sekolah-sekolah di 3 wilayah selatan Thailand.

Program Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah di Thailand memberi banyak faedah kepada GISBH khususnya dalam menambah kawan dan sahabat.

Views: 371

Reviews for Lawatan GISBH ke kilang minuman soya di Yala

There are currently no reviews for Lawatan GISBH ke kilang minuman soya di Yala
Scroll to top