Lawatan GISBH ke Tapak Projek Penanaman Padi Pejabat Daerah Mae Lan

Views: 772

MAE LAN, PATTANI, 31 Ogos 2024
Pengerusi Eksekutif GISB Holdings, YBhg Datuk Nasiruddin Mohd Ali melawat tapak projek penanaman padi hasil kerjasama antara GISBH dan Pejabat Daerah Mae Lan di sini, hari ini.

Datuk PE GISBH dan rombongan dibawa sendiri oleh En. Ekkasit Songmoeng, Pegawai Daerah Me Lan melawat tapak projek penanaman padi tersebut yang menggunakan suplemen Fateh, satu inovasi pertanian keluaran GISBH.

Padi yang diusahakan di sini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia mengandungi kandungan kanji dan gula yang rendah, menjadikannya pilihan yang baik untuk kesihatan.

Dalam ucapannya, YBhg Datuk PE GISBH menekankan pentingnya sikap toleransi dan kerjasama antara agama, walaupun berbeza latar belakang. Beliau menegaskan bahawa Islam menggalakkan kasih sayang dan keharmonian sesama manusia.

Datuk PE GISBH juga menyatakan harapan beliau agar projek penanaman padi ini dapat menghasilkan beras berkualiti tinggi yang boleh dieksport ke Malaysia, sekaligus meningkatkan ekonomi daerah Mae Lan.

Pejabat Daerah Mae Lan turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada GISBH atas kerjasama yang dijalin, dan berharap agar projek ini terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Views: 772
Scroll to top