Lawatan Ikhwan Chocolate ke Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia

Views: 1,332

NILAI, 06.10.2023
Satu rombongan dari Ikhwan Chocolate (IC) Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes (PPIBCH) Rawang yang diketuai oleh Puan Norhayati Mohd Salim, pimpinan Muslimah di PPIBCH bersama 5 ahli rombongan telah mengadakan lawatan ke Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia (LKM) di sini hari ini.

Lawatan itu bertujuan untuk
membincangkan prosedur Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) coklat, mendapatkan maklumat bagaimana (R&D) itu dijalankan dan menyambung hubungan lama sebelum ini dengan pihak LKM.

Rombongan GISBH bertemu dengan Dr Izzreen Ishak, Pegawai Penyelidik Unit Pembangunan Produk Makanan, Bahagian Hiliran Koko, LKM dan dibawa ke bilik mesyuarat unit tersebut.

Turut bersama dalam perbincangan ialah Dr Azila Abdul Karim, Pegawai Penyelidik Unit Kosmetik LKM dan En Johari Bin Kahironi, Pembantu Penyelidik di LKM serta 2 orang pelajar praktikal, Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan, UiTM Shah Alam.

Pertemuan dimulakan dengan sesi suai kenal antara pihak LKM dan IC di mana IC adalah sebuah syarikat di bawah rangkaian GISB Holdings Sdn. Bhd. yang berpusat di Bandar Country Homes Rawang yang juga mempunyai pelbagai jenis perniagaan di situ.

Dr Izzreen menerangkan satu persatu prosedur R&D coklat yang telah dijalankan di LKM, fasaliti, kapasiti dan virati pengeluaran produk di situ juga kerjasama yang telah dibuat dengan syarikat yang berminat.

Di antara coklat keluaran LKM dengan ‘brand’ Royale ialah Hazelnut Panned Dark Chocolate, Jengka Single Original Vegan Dark Chocolate, Keto Omega Dark Chocolate dan lain-lain. Coklat Royale juga diambil oleh pengusaha-pengusaha lain untuk dijadikan brand mereka.

Pengurus IC, Puan Nurul ‘Alia Tashmidin mengambil peluang bertanya banyak perkara teknikal untuk lebih memahami proses analisis sensory iaitu menghasilkan 5 formulasi coklat yang berbeza dan memberikan kepada orang awam untuk membuat pilihan dari segi rasa. Setelah itu, 2 formulasi coklat terbaik pilihan ramai akan diambil untuk di jadikan 1 formulasi coklat yang terbaik dan menyerahkan formulasi itu kepada GISBH untuk dijadikan hak milik IC.

Wakil GISBH menghadiahkan kepada para pegawai penyelidik LKM tersebut cenderahati berupa produk Jus Ikhwan dari Mekah dan menerangkan tentang Ayam Goreng AYYAM Sihat Fateh.

Setelah sesi perbincangan, rombongan IC dibawa ke makmal R&D coklat dan diberi penerangan berkaitan mesin-mesin yang digunakan untuk R&D coklat serta perbandingan kualiti dan kos antara mesin buatan Eropah, India dan Cina.

Seterusnya para wakil IC dibawa ke Kilang Production Coklat Royale, bertemu dengan En. Mohd Asyik Osman, Penolong Pegawai Penyelidik yang membawa rombongan melawat Bahagian Pengeluaran Coklat Panning dan Coklat Praline.

Di sini rombongan berpeluang mendapat penerangan detail berkaitan proses penghasilan coklat berskala besar dan bersoal jawab dengan pegawai penyelidik yang berpengalaman serta beberapa orang petugas di situ.

Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak LKM di mana rombongan IC mewakili Tuan Pengerusi Eksekutif mengucapkan terima kasih kepada pihak LKM atas layanan dan penerangan serta menjemput mereka melawat PPIBCH untuk melihat sendiri perjalanan projek coklat di IC dan lain-lain premis perniagaan di sana.

Moga hasil kunjungan ini, IC akan dapat meningkatkan kualiti dan rasa coklat keluaran GISBH setanding malah lebih hebat daripada coklat-coklat yang berada di pasaran lebih-lebih lagi GISBH amat menitikberatkan seluruh produk makanannya dari sudut halalan toiyiban yang memberi kesan kepada hati manusia.

Views: 1,332

Reviews for Lawatan Ikhwan Chocolate ke Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia

There are currently no reviews for Lawatan Ikhwan Chocolate ke Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia
Scroll to top