CANBERRA, 22.03.2023
YDH Tuan Mohd Adib At-Tamimi, Ketua Pegawai Penyelaras GISBH dan Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) selamat tiba di sini baru-baru ini dalam siri lawatan kerja rasmi ke cawangan-cawangan GISBH Australia.
Beliau diiringi beberapa orang Pengarah Zon GISBH di kalangan RPU iaitu Ybhg Tuan Nik Fatih Nik Abd Kadir, Tuan Qudamah Sharudin, Tuan Reza Mahar, Tuan Urwah Nasiruddin dan Tuan Hamdi Mohd Nor.
Pemergian mereka juga sebagai menyertai rombongan YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH bersama beberapa orang Ahli Lembaga Penasihat GISBH, yang ketika ini juga sedang membuat lawatan kerja ke Australia, meninjau dan mendekati kehidupan para remaja GISBH khususnya, di samping melawat projek perniagaan GISBH di sana.
GISBH telah bertapak selama lebih dari 30 tahun di Australia. Sekarang terdapat 3 penempatan staf GISBH dan 4 premis perniagaan di Australia Barat iaitu di Perth City, Canning Vale di selatan bandaraya Perth dan Katanning.
Manakala di Australia Timur terdapat 3 penempatan staf dan 3 premis perniagaan di bandaraya Sydney dan Wyong Creek, New South Wales.
Semoga lawatan kerja serta pendedahan yang diperolehi akan dapat mematangkan para RPU khususnya di kalangan kepimpinan juga para RPU di Australia dan menguatkan hubungan silaturahim sesama mereka.