Lawatan Kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Ikhwan Resort Air Bintan

Views: 35

KOTA TINGGI. 15.03.2022
YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongannya seramai 28 orang dewasa dengan 6 buah kenderaan dan sebuah bot laju telah sampai ke jeti Kg Tanjung Serindit, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5 PM.

Dari jeti Kg Tanjung Serindit, rombongan menaiki bot ke rumah rakit Ikhwan Resort Air Bintan yang hanya memakan masa 5-10 minit sahaja.

Ikhwan Resort Air Bintan adalah salah satu projek GISBH dengan pelbagai aktiviti diantaranya pertanian, penternakan dan yang paling popular adalah perkhidmatan rumah rakitnya.

Rumah Rakit Ikhwan Air Bintan berkeluasan 300 kaki x 105 kaki dibeli pada akhir tahun 2016 dengan harga RM95,000.00. Ia mempunyai 6 bilik penginapan perbagai kategori. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini ialah penyewaan bilik, restoran, menaiki bot, jet ski, kayak, memancing, juga sesuai untuk mengadakan majlis keraian dan mesyuarat.

Surau terapungnya selesa untuk kapasiti 50 orang manakala restoran di tingkat dua yang dalam pembinaan pula boleh memuatkan seramai 70 orang dalam satu-satu masa. Pengerusi Eksekutif GISBH meminta dipasangkan cermin di sekeliling restoran agar pengujung dapat menikmati pemandangan sungai yang menarik.

Dalam pertemuan dengan golongan yang telah lama dalam GISBH Tuan Pengerusi Eksekutif mengajak lakukan perubahan diri dan tidak menyalahkan golongan lain apabila berlaku kegagalan juga menyeru agar terus bekerjasama, memberi tunjuk ajar dan menjadi contoh kepada golongan muda.

Kepada generasi muda pula, beliau ingatkan kembali panduan-panduan yang telah diberi sebelum ini khususnya mengenai istiqamah mengusahakan hasil laut dan sungai kerana Allah hendak anugerahkan nikmat yang banyak kepada hamba-hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba Allah tidak bersungguh-sungguh mengusahakannya.

Hasil hidupan laut dan sungai yang diperolehi kali ini ialah perbagai jenis udang, kupang dan beberapa jenis ikan seperti kerapu dan siakap membuktikan hasil laut masih lumayan di sini.

Views: 35

Reviews for Lawatan Kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Ikhwan Resort Air Bintan

There are currently no reviews for Lawatan Kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Ikhwan Resort Air Bintan
Scroll to top