Lawatan kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Indonesia

Views: 928

JAKARTA, 03.10.2023
Pesuruhjaya Utama PT. Putra Perkasa Genetika (PTPPG), sebuah korporat besar pengeluar benih-benih ayam, Bapak Ang Hendra, menyatakan keyakinannya yang kuat terhadap perniagaan GISBH yang mempunyai kekuatan tersendiri iaitu sangat dikenali ramai kerana mengeluarkan produk halal, dalam lawatan kerja yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali ke syarikatnya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, diyakini sebagai pengeluar produk halal adalah kekuatan terbesar GISBH di samping mempunyai rangkaian perniagaannya sendiri untuk memasarkan produk keluarannya yang membuatkan beliau berpuas hati bekerjasama dengan GISBH.

Pak Hendra percaya GISBH akan berjaya dalam ternakan dan perniagaan ayam ini kerana GISBH telah sedia ada cawangan di 17 buah negara malah telah mengadakan MoU di Saudi Arabia dan Selatan Thailand dalam pelbagai bidang.

Pak Hendra juga mempunyai jalan penyelesaian jika GISBH menghadapi masalah bekalan makanan ayam kerana ia boleh diuruskan dari Indonesia.

Ada beberapa perkara lagi yang diperbincangkan oleh Tuan Nasiruddin dan rombongan dengan Pak Hendra yang natijahnya sangat positif kepada kedua belah pihak.

Rombongan Pengerusi Eksekutif juga mengambil peluang menghadiri Pameran Pangan Plus 2023 yang menjadi rangkaian acara dari Rapat Kerja Nasional (Rakernas) IV PDI Perjuangan (PDIP) di Jiexpo Kemayoran, Jakarta.

Di Pameran Pangan ini rombongan bertemu dengan Direktur Utama PTPPG, Renaldy Anggada, anak lelaki Pak Hendra, yang sangat sibuk melayani pertanyaan wartawan dan pengunjung tetapi tetap meluangkan masa menyambut penuh hormat Tuan Nasiruddin dan rombongan.

Moga lawatan kerja Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan ke Indonesia kali ini membuahkan hasil yang baik untuk projek ternakan ayam yang bukan sahaja merupakan Fardhu Kifayah bahkan ia termasuk dalam agenda Kerajaan Madani dalam memastikan Keterjaminan Makanan negara kita.

Views: 928

Reviews for Lawatan kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Indonesia

There are currently no reviews for Lawatan kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Indonesia
Scroll to top