SERDANG, 16.08.2023,
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Khaled Nordin telah melawat ke gerai GISBH yang mempamerkan produk Ikhwan terkini iaitu Ayam Sihat Ikhwan dan bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH semasa sesi lawatan beliau ke gerai-gerai pameran selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di UPM di sini semalam.
Dato’ Seri Khaled yang di iringi Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM disambut oleh Tuan Mokhtar Tajuddin dan Tuan Hasnan Abdul Hamid lalu diperkenalkan kepada Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali sambil bersalam-salaman.
YB Menteri bertanya samada GISBH mempunyai apa-apa kerjasama dengan UPM lalu YDH Tuan Pengerusi Eksekutif memaklumkan kepada GISBH sedang bekerjasama dengan UPM dalam penyelidikan ternakan ayam pedaging.
“GISBH juga sedang bekerjasama mengadakan penyelidikan untuk melahirkan baka ayam dengan UPM,” kata Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah kepada Dato’ Seri Khaled.
Gerai GISBH mempamerkan Ayam Sihat Ikhwan dengan ciri utamanya bebas vaksin dan antibiotik yang merbahaya kepada kesihatan manusia juga rendah lemak.
Moga kerjasama GISBH dengan UPM akan menghasilkan baka ayam baharu yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia sesuai dengan cita-cita Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk membina empayar ayam Ikhwan.