Lawatan Pengarah Sektor Pertanian dan Penternakan GISBH ke Pusat Penyembelihan MEPL, Mohali, Punjab

Views: 20

PUNJAB, 05.05.2023
Untuk memastikan produk daging sejuk beku yang akan diimport benar-benar patuh syariah, Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah menghantar Pengarah Sektor Pertanian dan Penternakan GISBH, Tuan Ahmad Anuar ke Pusat Penyembelihan Mirha Exports Pvt. Ltd (MEPL) untuk melihat sendiri proses penyembelihan kerbau di sini baru-baru ini.

Tuan Ahmad Anuar bersama dua pegawai tadbir syarikat, Tuan Mokhtar Tajuddin dan Tuan Harun Taat diiringi pegawai pemasaran MEPL, Mr. Rahul Kapoor pergi ke
pusat penyembelihan MEPL daerah Mohali dalam negeri Punjab, lebih 200 KM selatan New Delhi.

Rombongan disambut dengan jambangan bunga dan dibawa ke pejabat pentadbiran untuk mendapatkan taklimat dan berdialog dengan pegawai-pegawai MEPL iaitu,
Mr Asrar, General Manager, Mr Tariq, Production Manager Hussein dan Dr Mudasir Ahmad, Quality Manager cum Veterinarian sebelum sesi lawatan.

Pusat sembelihan ini berkeluasan 35 ekar, dilengkapi dengan kandang untuk menerima kehadiran maksimum 2,000 ekor kerbau, surau, pakir kenderaan dan lain-lain.

Kapasiti penyembelihan di sini adalah sebanyak 2,000 ekor/hari, namun setakat ini, maksimum yang pernah disembelih ialah sebanyak 1,600 ekor kerbau dengan keupayaan 90 ekor/jam.

Kerbau yang mereka sembelih dan proses ini adalah daripada baka Murrah, berusia di antara 4-6 tahun.

Kerbau-kerbau ini dibeli daripada orang-orang kampung dan pasaran terbuka yang telah diluluskan oleh Jabatan Veterinar tempatan.

Rombongan GISBH di bawa melihat kandang kawasan penerimaan kerbau di mana kerbau-kerbau itu tidak diberi makan selama 24 jam sebelum disembelih.

Sebelum itu, sejurus sampai ke pusat penyembelihan ini, kerbau-kerbau akan diperiksa dari sebarang penyakit. Mana-mana kerbau yang berpenyakit, bunting atau cacat akan dipulangkan semula kepada pembekal.

Selepas 24 jam, Kerbau akan dibawa untuk proses penyembelihan, yang mana ia dimandikan terlebih dahulu.

Proses penyembelihan dilakukan oleh dua orang penyembelih bertauliah dengan kerbau dimasukkan ke dalam sebuah peti stainless steel yang akan mengeluarkan kepala serta lehernya sahaja. Tiada penggunaan stunning di sini.

Kerbau disembelih dengan disaksikan oleh Pegawai dari Jamiat Ulama-i-Hind Halal Trust. Mana-mana sembelihan yang tidak menepati syariat Islam, bangkai itu akan diasingkan dan kemudiannya dipotong kepada 4 bahagian untuk dibakar.

Wakil-wakil GISBH dapat melihat sendiri proses penyembelihan kerbau dan pengawasan daripada pegawai bahagian halal yang terbabit dan ia kelihatan sangat sistematik.

Mereka juga dibawa melihat proses seterusnya seperti melapah, memotong kaki, kepala dan memisahkan organ dalaman, membelah dua karkas, pencucian, penggantungan karkas di chiller untuk turunkan suhu seterusnya proses de-boning (mengasingkan tulang) dan proses pemotongan mengikut kategori sejuk beku untuk dipasarkan.

Daging dibungkus dalam plastik mengikut bahagian-bahagian seperti; slice, tenderloin, top side, silver side, thick flank, rump steak, striploin, chuck tender, blade, cube roll dan brisket.

Semua bahagian ini akan dimasukkan ke dalam karton yang kemudiannya akan dilalukan bawah sensor ‘metal detection’ untuk memastikan tidak ada sebarang logam di dalamnya sebelum dihantar ke dalam cold storage dengan terlebih dahulu dilalukan dengan proses cold blast.

Selain memiliki sijil halal JAKIM, syarikat ini juga mendapat pengiktirafan sijil HACCP dan ISO 22000 : 2018 membuktikan ia mendapat periktirafan antarabangsa.

Lebih meyakinkan pihak GISBH apabila dimaklumkan seluruh pekerja syarikat adalah beragama Islam dan dipastikan menunaikan sembahyang lima waktu. (kecuali di unit teknikal ada yang bukan Islam).

Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pihak MEPL dan sesi bergambar kenangan.

Moga semua hasrat dan cita-cita Pengerusi Eksekutif GISBH untuk membekalkan daging sejuk beku yang benar-benar halal ke seluruh tanah air menjadi kenyataan sebagai khidmat kepada umat Islam di Malaysia agar pembinaan hati dan peribadi umat ke arah positif terus berlaku.

Views: 20

Reviews for Lawatan Pengarah Sektor Pertanian dan Penternakan GISBH ke Pusat Penyembelihan MEPL, Mohali, Punjab

There are currently no reviews for Lawatan Pengarah Sektor Pertanian dan Penternakan GISBH ke Pusat Penyembelihan MEPL, Mohali, Punjab
Scroll to top