Lawatan Pengerusi Eksekutif GISBH ke Suffa Vakfi

Views: 1

ISTANBUL, 30.06.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah membuat lawatan ke Yayasan Sains dan Kebudayaan Istanbul (Istanbul Ilim Ve Kultur Vakfi) atas jemputan Mr. Semsettin Turkan, Pengerusi Africa Freindship Association di sini baru-baru ini.

Sebaik tiba di bangunan Yayasan tersebut, YBhg Tuan Nasiruddin dan rombongan disambut oleh Mr. Semsettin Turkan yang juga presiden Suffa Vakfi, satu pertubuhan wakaf yang menaungi beberapa NGO Muslim dan dibawa ke dewan mesyuarat untuk diberi penerangan tentang sejarah Syeikh Badiuzzaman Said Nursi.

Selain daripada penerangan yang detail mengenai sejarah perjuangan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi
ahli rombongan juga dapat melihat sendiri manuskrip tulisan tangan Said Nursi.

Setelah itu Tuan Nasiruddin juga dijemput melawat Muzium Sejarah Badiuzzaman Said Nursi (Rustem Pasa Medresesi, Badiuzzaman Muzesi) kira-kira 4KM dari pejabat Yayasan.

Di sini terdapat banyak keratan-keratan akhbar lama yang menceritakan tentang Said Nursi yang semuanya dipaparkan secara negatif kecuali satu akhbar sahaja yang membawa berita mengenainya secara positif.

Di era pemerintahan Erdogan, beliau mengketengahkan bahawa Syeikh Badiuzzaman Said Nursi tidak mempunyai apa-apa masalah malah risalah-risalah tulisannya mendapat kebenaran untuk diterbitkan malah telah diterjemahkan ke 60 bahasa.

Rombongan dijamu dengan hidangan makanan Turki manakala RPU pula mempersembahkan 3 buah nasyid dalam bahasa Arab, Inggeris dan Turki dan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.

YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH pula menjemput staf yayasan yang menyampaikan taklimat untuk menjamu selera di Restoran Nur Muhammad Istanbul dan menerima cenderahati berupa plak cawangan-cawangan GISBH sedunia.

Begitulah sebahagian dari aktiviti GISBH di luar negara dalam melaksanakan misi Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah untuk menambah kenalan di seluruh dunia.

Views: 1

Reviews for Lawatan Pengerusi Eksekutif GISBH ke Suffa Vakfi

There are currently no reviews for Lawatan Pengerusi Eksekutif GISBH ke Suffa Vakfi
Scroll to top