Lawatan Pengerusi Eksekutif ke Ladang Nanas GISBH

Views: 12

SEGAMAT, 14.03.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd, Tuan Nasiruddin Mohd Ali memulakan lawatan kerja ke ladang nanas GISBH yang diuruskan oleh En Norman Shahrul di sini hari ini. Ia adalah dalam rangka lawatan kerja beliau ke selatan tanah air bagi meninjau projek-projek syarikat GISBH sekaligus bertemu dengan para staf.

Ladang nenas seluas 8 ekar yang diusahakan sejak 3 tahun yang lalu di Lot 7406, Kampung Paya Lebar, Segamat akan diperluaskan ke fasa seterusnya dengan penambahan tanah yang keseluruhannya berkeluasan 300 ekar.
Oleh kerana kedudukan tanah yang cantik dan strategik kerana di hujungnya bertemu dengan Sungai Muar, Tuan Nasiruddin meminta untuk diusahakan aktiviti agrotourism di tanah tersebut.

Antara jenis nanas yang ditanam di sini ialah Josapine, MD2 dan Dinar.
Menurut En Norman, nanas Dinar sesuai terus dimakan sebagai pencuci mulut dan nanas Josapine pula sesuai dibuat jus, jam dan seumpamanya, manakala nanas MD2 pula sesuai untuk makan dan dibuat jus.

Atas persetujuan Tuan Nasiruddin Mohd Ali seramai 20 orang pelajar Qismu Dakwah akan dihantar untuk menjalani kursus penanaman nenas secara sistematik dalam rangka membangunkan sebuah kilang pengeluaran jus nenas yang bermutu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Views: 12

Reviews for Lawatan Pengerusi Eksekutif ke Ladang Nanas GISBH

There are currently no reviews for Lawatan Pengerusi Eksekutif ke Ladang Nanas GISBH
Scroll to top