Lawatan rombongan Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya ke PPIBCH

Views: 201

RAWANG, 14.01.2024
Satu rombongan dari Koperasi Masjid Nurul Yaqin (KOYAQIN), Kelana Jaya mengadakan lawatan ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH) diketuai pengerusinya, Datuk Hj Lamien Sawiyo yang juga merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

KOYAQIN mendapat anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik 2023, oleh SKM dengan pelbagai aktiviti perniagaan seperti, kedai runcit Yaqin Mart, penyelenggaraan dan pembangunan Yaqin Bina, Yaqin Travel, Yaqin Cafe, Yaqin Catering juga mengeluarkan produk-produk seperti air mineral, minyak masak, ayam, produk makanan dan minuman juga terlibat menggunakan platform e-dagang.

Rombongan seramai 22 orang itu disambut oleh Tn Abu Zar Zaki, En Khushairi Othman mewakili YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH diiringi ke Panggung Ikhwan untuk tayangan video profil GISBH dan beberapa video yang lain diikuti sesi dialog dengan wakil-wakil GISBH untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai aktiviti dan perkembangan GISBH.

Seterusnya para tetamu dibawa melawat premis-premis perniagaan GISBH di PPIBCH seperti Galeri Ikhwan, Ikhwan Chocolate, Kompleks Perkhidmatan Perubatan Ikhwan malah sebahagiannya berpeluang bersiar-siar menaiki kereta kuda mengelilingi pusat perniagaan ini.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian cenderahati kepada para tetamu serta bergambar kenangan.

Antara ulasan para tetamu,
“Saya mewakili Koperasi Masjid Nurul Yaqin mengucapkan syabas dan tahniah kepada GISB atas usahanya memajukan pelbagai jenis perniagaan di bandar GISB ini. Jadi banyak perkara yang boleh kami contohi,” ujar Datuk Hj Lamien Sawiyo,
Pengerusi KOYAQIN.

“Saya ucapkan banyak terima kasih atas kesudian GISB Holdings menerima lawatan kami, saya masa awal tu plan 6 orang sahaja, sekali 22 orang datang! Alhamdulillah layanan yang cukup baik dan banyak yang kita boleh dapat buat iktibar dan looking forward untuk bekerjasama. Ada beberapa perkara spesifik yang kita boleh bekerjasama dan insyaAllah akan kita laksanakan tahun 2024 ini, insyaAllah kita dapat manfaat bersama,” kata Tn. Hj. Hussin Othman, Timbalan Pengerusi KOYAQIN.

Tetamu datang membawa rahmat dan pulangnya memberi keampunan kepada tuan rumah. Moga itulah menjadi kekuatan kepada GISBH untuk terus merealisasikan Islam sebagai cara hidup hingga dapat menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja demi kekuatan umat Islam.

Views: 201

Reviews for Lawatan rombongan Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya ke PPIBCH

There are currently no reviews for Lawatan rombongan Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya ke PPIBCH
Scroll to top