Lawatan TYT Tun Ali Rustam ke kilang pemprosesan jus Ikhwan di Mekah

Views: 385

MEKAH, 28.02.2024
Setelah sesi lawatan di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah, pusat sehenti sukan sunnah dan chalet GISBH di Mekah, Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam bersama rombongan dibawa melawat kilang pemprosesan jus Ikhwan di Al-Jumum, Makkatal Mukarramah di sini hari ini.

GISBH telah bekerjasama dengan kilang air ini atau nama rasminya Al-Amoudi Beverage Industries sejak tahun 2021 untuk memasarkan produk-produk terpilih ke pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Kilang ini dibina di atas tanah berkeluasan 70 ribu meter persegi (belum digunakan sepenuhnya) terletak kira-kira 30km dari Masjidil Haram dan masih di dalam tanah Mekah.

Dasar yang dibawa oleh Tn. Pengerusi Eksekutif GISBH, Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah membawa kepada kerjasama pertama dengan kilang ini melalui Pengurus Besarnya Mr. Jamil Al-Amoudi dengan pengeluaran produk pertama iaitu Air Mineral Ikhwan dari Wadi Fatimah dan seterusnya dengan pengeluaran jus buah-buahan dengan jenama Ikhwan.

Di kilang, Mr. Jamil Al-Amoudi
membawa rombongan TYT Tun melawat hampir seluruh bahagian kilang dan memberikan penerangan ringkas setiap tempat kepada para tetamu.

Di hadapan TYT Tun, Mr. Jamil memperkenalkan Tn. Hj. Nasiruddin sebagai ‘boss’nya yang mengendalikan perniagaan di 19 buah negara.

Para tetamu diberi peluang merasai produk-produk terkini kilang Al-Amoudi Beverage Industries dan lawatan diakhiri dengan rombongan bersalaman-salaman lalu bergerak pulang ke Mekah.

Moga lawatan TYT Tun dan rombongan memberi gambaran kepada seluruh pelanggan dan pengguna produk Ikhwan sejauh berkenaan kilang yang bekerjasama dengan GISBH di luar negara.

Views: 385

Reviews for Lawatan TYT Tun Ali Rustam ke kilang pemprosesan jus Ikhwan di Mekah

There are currently no reviews for Lawatan TYT Tun Ali Rustam ke kilang pemprosesan jus Ikhwan di Mekah
Scroll to top