MEKAH, 06.05.2022
YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan rombongannya seramai 10 orang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah, sebuah resort di bawah GISBH di Saudi Arabia setelah selesai menunaikan ibadah umrah, di sini hari ini.
Jadual asal lawatan beliau ke Pasaraya Bin Dawood telah di tukar ke premis-premis GISBH atas cadangan Pengarah Matrade Jeddah, En. Faizalkhan Jaafar untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana perniagaan GISBH di Mekah.
Turut bersama rombongan YB Dato’ Rosol bin Wahid isteri beliau YBhg. To’ Puan Halipah binti Ahmad, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan KSU Timbalan KSU Perdagangan dalam Negeri, Tuan Azman bin Adam, Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Encik Hanif bin Asa’ari, Pengarah Sekteriat Perdagangan, Pengedaran dan Industri Perkhidmatan KPDNHEP, Encik Mohd Shahrin bin Ismail, Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri, Encik Zainudin bin Abu Bakar, Pengawai Tugas-tugas Khas YB Timb Menteri, Encik Mohd Asmawi bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung KPDNHEP, Puan Dira Shahira Begum binti Doulath Sharif,
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung KPDNHEP dan Encik Nor Haffezul bin Shafie, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat belanjawan Negara (MOF).
Rombongan yang tiba ke Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah sampai kira-kira jam 9 pagi dengan 3 buah kenderaan diiringi oleh Pengarah Matrade Jeddah, En. Faizalkhan Jaafar.
Timbalan Menteri dan rombongan disambut oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali, CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan kepimpinan GISBH dengan hidangan sarapan pagi juadah Malaysia diiringi persembahan nasyid Ramadhan dan Syawal oleh kumpulan Generasi Harapan.
Program dilanjutkan dengan penyampaian cenderahati dari GISBH kepada YB Dato’ Rosol bin Wahid dan YBhg. Datuk Roziah binti Abudin serta sesi bergambar.
Selanjutnya YB Timbalan Menteri dan rombongan dibawa untuk membuat lawatan ringkas di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah ini bermula di tapak ternakan unta di mana para tetamu diberi peluang memberi makanan kepada unta-unta tersebut.
Di stable kuda pula, YB Timbalan Menteri diberi penerangan mengenai baka-baka kuda Arab yang dimiliki oleh GISBH yang mana semua haiwan-haiwan ini merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.
Rombongan seterusnya dibawa melawat ke chalet-chalet yang terdapat di sini yang membuatkan YB Dato’ Rosol teruja melihatnya dan menyatakan hasrat untuk menginap di sini di masa akan datang.
Chalet-chalet hasil cetusan ilham Pengerusi Eksekutif GISBH dengan sewaan SAR700 semalam ini memang dibuat begitu eksklusif ditambah dengan hidangan masakan Malaysia dalam suasana taman haiwan dan pohon-pohon tamar sangat menarik perhatian ramai pengunjung.
YB Dato’ dan rombongan juga dibawa melawat air terjun buatan yang unik kerana berada di tengah padang pasir dan projek pertanian skala kecil untuk menampung keperluan GISBH di sini.
Setelah selesai sesi lawatan dan meninjau Motorhome GISBH, YB Timbalan Menteri dan rombongan bergerak meninggalkan Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah menuju ke hotel penginapan.
Moga dengan kunjungan rasmi dari YB Timbalan Menteri KPDNHEP dan rombongan ke salah sebuah projek perniagaan GISBH di luar negara ini akan membuka pintu kepada kerjasama dua hala di pelbagai bidang yang sesuai dalam masa yang terdekat sempena kebesaran Ramadhan dan Syawal.