LBDI dinaik taraf oleh Ketua Pegawai Penyelaras GISBH

Views: 76

WYONG CREEK, 11.05.2023
Ladang Berkat Dato’ Ibu (LBDI), sebidang tanah seluas 110 ekar milik GISBH di sini dilihat lebih kemas, dan indah dengan naik taraf yang dilakukan oleh YDH Tuan Mohd Adib Ashaari At-Tamimi, Ketua Pegawai Penyelaras GISBH dan Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) bersama beberapa orang pengarah Zon GISBH di sini.

Turut serta bersama membantu beliau, Ybhg Tuan Nik Fatih Nik Abd Kadir, Tuan Khabab Khalidan, Tuan Qudamah Sharudin, Tuan Reza Mahar, Tuan Urwah Nasiruddin dan Tuan Hamdi Mohd Nor yang bergotong-royong menaik taraf ladang ini.

Tanah ladang tersebut telah dibeli Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali pada tahun 2017, terletak di kawasan pinggir bandar Central Coast, New South Wales.

Di sini, GISBH menjalankan beberapa aktiviti penternakan haiwan seperti kuda, lembu, unta dan lain-lain sebagai latihan dan menjadi daya tarikan pelancong untuk melihat contoh kehidupan masyarakat Islam di bumi Australia.

Kekemasan dan naik taraf dilakukan pada beberapa tempat antaranya Musolla Ikhwan, Gazebo BBQ Hatijah Am, pembelian sebuah kenderaan 4WD Hilux, membaiki jambatan kayu di LBDI, stable Ikhwan Equestrian, karavan Ikhwan Equestrian, pembelian seekor unta jantan dan pembelian 18 ekor kuda pure Arabian oleh YDH Pengerusi Eksekutif GISBH.

Moga LBDI terus menjadi model kehidupan yang praktikal bagaimana melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup khususnya pada masyarakat tempatan di Australia.

Views: 76

Reviews for LBDI dinaik taraf oleh Ketua Pegawai Penyelaras GISBH

There are currently no reviews for LBDI dinaik taraf oleh Ketua Pegawai Penyelaras GISBH
Scroll to top