Lebih 5000 hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pahang

Views: 321

KUANTAN, 26.04.2024
Lebih 5000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Hj. Ahmad Shah di sini baru-baru ini.

Memasuki dewan yang berprestij ini, di kanan meja pendaftaran terdapat ruangan pameran carta-carta maklumat terkini GISBH seluruh dunia dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun juga terdapat jualan produk terkini GISBH khususnya Jus Ikhwan dan Mi Segera Ikhwan.

Walaupun Majlis hanya bermula jam 10 pagi tetapi pengunjung telah mula beratur panjang depan pintu dewan sejak jam 9.30 lagi.

Sebaik pintu dewan dibuka para pengunjung yang telah membuat pendaftaran yang memberi peluang mereka menerima hadiah cabutan bertuah beratur pula untuk mengambil juadah juadah utama majlis ini.

Pengunjung sentiasa berpusu-pusu datang mengambil hidangan di 2 meja bufet utama, 2 meja air balang dan 12 buah stall, yang diasingkan pengambilannya di antara tetamu lelaki dan perempuan.

Para tetamu memilih juadah yang disediakan seperti nasi beriani dengan lauk daging atau ayam masak merah, pelbagai pilihan air minuman sejuk dan panas, sate dan kambing panggang juga lemang dan ketupat palas serta kuih dan biskut raya lalu menikmati juadah di 54 buah meja yang disediakan.

Hiburan juga disediakan dengan persembahan pentas daripada kumpulan Akademi Generasi Harapan yang menyampaikan nasyid-nasyid Aidil Fitri dan persembahan seni silat daripada Ikhwan Martial Art diselang seli dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Antara tetamu yang hadir termasuk COO GISBH Tn. Hj. Hasnan Abdul Hamid, ALP GISBH, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, YB Andansura Rabu, ADUN Beserah, Kuantan, Dato Muhd Shaharul Md Osman, Ketua Cawangan Khas, IPK Pahang, Dato Dr. Hairi Basri, Perunding Hartanah, Dr. Khairul Azhar Jaafar, Pakar Perubatan UIA dan Hj. Yusof Ng Abdullah, Pengerusi MACMA Pahang.

Di antara tetamu yang lain juga, Tn. Saiful Bakhtiar Hj Ibrahim, Pengerusi Koperasi Masjid Tepian Putra, Ust. Hafiz Ahmad, Imam Besar Masjid Daerah Kuantan, Dato Abd Razak Omar, Pengerusi Executive Jaya Dara Sdn Bhd dan Tn. Muhammad Rosli Abdul Rahman, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang .

Pengunjung yang hadir bukan sahaja dari kalangan warga Kuantan malah ada yang datang dari Beserah, Gambang dan lain-lain bahkan dari luar negeri Pahang seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Ketika menemuramah dua orang tetamu yang menyatakan, mereka datang dari Kuala Besut, Terengganu dan mendapat maklumat Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH Kuantan ini dari pengumuman pihak Masjid sekitar Kuala Besut.

Moga para tetamu sudi datang untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH yang bakal diadakan di lokasi yang berikutnya seperti di Pusat Perniagaan Ikhwan (PPI) Enstek, Negeri Sembilan pada 27/04, di PPI Ipoh pada 28/04, di PPI GITA
Sarawak pada 28/04, di Pasaraya Ikhwan Kulim, Kedah pada 03/05, di Ikhwan Delights Pattani, Thailand pada 04/05 dan yang terakhir kemuncaknya di PPI BCH, Rawang, Selangor pada 05/05.

Moga fitrah murni kita untuk bersilaturrahim dan berkasih sayang terus subur dengan program Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran GISBH ini demi mendapat keredhaan Allah dan menambah kekuatan umat Islam.

Views: 321

Reviews for Lebih 5000 hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pahang

There are currently no reviews for Lebih 5000 hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pahang
Scroll to top