Majlis Hari Raya Aidil Fitri Cawangan Khas 2023, GISBH mendapat jemputan rasmi

Views: 41

KUALA LUMPUR, 14.05.2023
YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH mengetuai rombongan pengurusan tertinggi syarikat GISB Holdings Sdn Bhd menghadiri jemputan ke Majlis Hari Raya Aidil Fitri Cawangan Khas 2023 di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, hari ini.

Turut menyertai Pengerusi Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi, para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, ALP Muslimah, Puan Azura Mohd Yusof dan kepimpinan Muslimah GISBH.

Ketibaan rombongan GISBH jam 11.22AM disambut di pintu pagar lagi oleh ACP Tuan Ridhuan dan para pegawai Cawangan Khas yang segak berbusana Melayu.

Di pintu dewan jamuan, rombongan disambut oleh ramai pegawai-pegawai Cawangan Khas dengan diketuai sendiri oleh Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Khalid Ismail dan dipersilakan ke meja hidangan.

Di antara tetamu yang bertemu dan bersalaman dengan Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH ialah Datuk Baharuddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah MKN yang kelihatan mesra dan ceria.

Rombongan GISBH duduk di dua meja VIP dan dikunjungi pegawai-pegawai Cawangan Khas dan lain-lain silih berganti mengucapkan selamat Hari Raya dan berbual mesra di antaranya; DCP Zainuddin, SAC Mashdik, En. Mahfuz Ramli, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri, En Harith Hisyam, Penolong Pengarah, JPM (P) dan lain-lain.

Antara juadah yang dihidangkan ialah nasi tomato dengan ayam masak merah, ketupat pulut, lemang, kurma daging, sup perut, sate, nasi himpit, kuah kacang, apam balik, Char kuetiau, buah-buahan, berbagai jenis kuih raya, cendol, air oren, teh tarik dan lain-lain yang menyelerakan.

Ketika menunggu kenderaan untuk pulang di pintu pagar, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan para ALP bertemu, bersalaman dan berbual ringkas dengan YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

Pengerusi Eksekutif menjemputnya ke Majlis Rumah Terbuka GISBH Lembah Kelang yang akan berlangsung pada 20 Mei 2023 di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes (PPIBCH), Rawang.

Allah yang memegang hati-hati manusia menjadikan jalinan hubungan Ukhwah Islamiah antara pimpinan GISBH yang sentiasa memberi kerjasama dalam urusan keselamatan dengan Cawangan Khas menjadi sebegini mesra dan akan membuahkan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.

Views: 41

Reviews for Majlis Hari Raya Aidil Fitri Cawangan Khas 2023, GISBH mendapat jemputan rasmi

There are currently no reviews for Majlis Hari Raya Aidil Fitri Cawangan Khas 2023, GISBH mendapat jemputan rasmi
Scroll to top