Majlis Makan Malam dan Silaturrahim bersama rakan dan kenalan GISBH di WBDIH

Views: 560

MEKAH, 14.02.2024
Satu Majlis Makan Malam dan Silaturrahim bersama rakan dan kenalan GISBH telah diadakan penuh meriah di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) di sini malam ini.

Majlis diadakan oleh Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali untuk menguatkan ikatan ukhuwah dan kasih sayang di antara rakan dan kenalan GISBH yang berada di Mekah dan sekitarnya.

Di sebelah petang telah hadir Dato’ Mohamad Nadzri Mat Isa, Mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dengan rombongan umrah daripada Koperasi Polis DiRaja Malaysia dan menikmati makan petang bersama.

Sebelum Maghrib lagi sebahagian tetamu telah hadir dan sebaik selesai sembahyang berjemaah telah diadakan sesi taaruf ringkas di surau terbuka WBDIH.

Beberapa orang tetamu sampai ketika itu seperti Mr. Jamil Al-Amoudi Pengurus Besar Syarikat Al-Amoudi Beverage Ind. Plant Al-Jamoum, Mekah, kilang pengeluar jus Ikhwan yang telah dipasarkan di seluruh Malaysia dan Mr. Bandar yang banyak membantu urusan rasmi perniagaan GISBH dengan pihak berkuasa tempatan.

Di majlis kali ini, Tn. Hj. Nasiruddin menjamu tetamu dengan hidangan nasi hashi atau anak unta, satu hidangan istimewa kerana dagingnya yang lembut dan enak.

Sesi memotong hashi dimeriahkan dengan kehadiran kawan lama Tn. Pengerusi Eksekutif, Tn. Hj. Maradzi. Turut hadir, YB Ustaz Muhammad Sufian bin Hj Maradzi, ADUN Seri Menanti, anakanda Tn. Hj. Maradzi. Syeikh Abdullah Abdul Halim Taabit Al Yamani, seorang pengarah di sebuah syarikat labelling dan Mr. Hany Al Utaibi, pegawai polis warga Saudi yang banyak membantu GISBH Mekah dan telah melawat GISBH di Malaysia.

Turut hadir Syeikh Abdullah Al-Asiri, Pegawai Khas bagi Imam 1 Masjidil Haram, Syeikh Abdurrahman As-Sudais juga Pengajar Bertauliah di Masjidil Haram, Makkah. Beliau telah direzekikan masuk ke dalam Kaabah sebanyak 3 kali dan ditugaskan menguruskan tetamu di bawah Raja Saudi.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar.

Moga ukhuwah dan kasih sayang yang dibina antara GISBH dan semua kenalan dapat diteruskan dan membuahkan kerjasama daripada semua pihak demi kemajuan Islam dan umatnya.

Views: 560

Reviews for Majlis Makan Malam dan Silaturrahim bersama rakan dan kenalan GISBH di WBDIH

There are currently no reviews for Majlis Makan Malam dan Silaturrahim bersama rakan dan kenalan GISBH di WBDIH
Scroll to top