PATTANI, 22.11.2023
Satu majlis yang dinamakan, ‘New Innovation Chicken for Health’ dalam meraikan kejayaan kerjasama antara GISBH dengan Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan Pattani untuk menternak ayam sihat telah berlangsung di kolej ini di sini hari ini.
Majlis ini diadakan oleh pihak kolej setelah berlalu satu pusingan ternakan ayam menggunakan teknologi Fateh dari GISBH tanpa suntikan vaksin dan antibiotik di unit ternakan ayam kolej untuk membuktikan kelazatan Ayam Sihat Ikhwan dalam apa jua masakan dan ianya selamat dimakan.
Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis ini ialah Gabenor Pattani, Puan Pateemoh Sadeeyamu, ALP GISBH, Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, pencipta inovasi enzim Fateh, Pak Dafid, YDP Dewan Perniagaan Melayu Petani, Tn Hj Wan Ismail Wan Ahmad, Pegawai Tadbir Syarikat GISBH, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor, Pengarah Jabatan Vetarinar Pattani, Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Pattani, Pengarah Jabatan Perdagangan Pattani, Pengarah Jabatan Vokasional Pattani, Ketua Polis Nongchik dan lain-lain.
Majlis diserikan dengan persembahan beberapa buah nasyid daripada kumpulan Generasi Harapan. Para pengunjung juga berpeluang menonton tayangan Profil GISBH, Profil Proposal Pelancongan GISBH di Thailand dan Profil Kolej Teknologi
Pak Dafid dalam ucapannya mengatakan tujuan asal beliau menyelidik dan menghasilkan produk Fateh ini adalah untuk membantu penduduk kampung menternak ayam berskala kecil walaupun tanpa latar belakang ilmu asas menternak ayam. Dengan Enzim Fateh mereka boleh menternak unggas tanpa perlu suntikan vaksin dan antibiotik atau menggunakan ubat.
Apabila menggunakan teknologi Fateh ini, segala protein dari makanan akan diserap oleh ayam menyebabkan tumbesarannya cepat yang menjimatkan kos makanan malah najisnya tidak berbau dan tiada lalat.
Pengarah Kolej sangat optimis dengan projek ini, komen beliau,
“Ini satu teknologi baru, malah kolej boleh wujudkan satu matapelajaran baru. Lepasan kolej ini pula akan ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat nanti.”
Puan Gabenor pula sangat menyokong usaha ini dan meminta proses mengimport enzim Fateh ke Pattani disegerakan agar masyarakat dapat menikmati ayam sihat dan menjana pendapatan.
Majlis yang dihadiri lebih 700 orang ini menyediakan pelbagai juadah berasaskan Ayam Sihat Ikhwan seperti ayam goreng, sup ayam, nasi mandy ayam, ayam golek/panggang dan ayam percik.
Selain dari promosi Ayam Sihat Ikhwan, terdapat gerai GISBH yang mempamerkan maklumat berkaitan syarikat dan produk-produk keluaran GISBH juga gerai-gerai di bawah seliaan pihak kolej seperti gerai ternakan kelulut, ikan, ayam, projek penghasilan cendawan, sabun dan lain-lain.
Moga-moga dengan majlis penuh harmoni dengan kehadiran warga dari tiga negara Thailand, Malaysia dan Indonesia di harap dapat menjalinkan hubungan lebih rapat selepas ini khususnya untuk memanfaatkan penemuan baru, ayam yang baik untuk kesihatan manusia, tanpa vaksin dan antibiotik serta rendah lemak.