Majlis Pecah Tanah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi

Views: 705

KUALA LINGGI, 23.01.2024
Majlis Pecah Tanah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah diadakan di sini hari ini yang bakal menjadikan Kuala Linggi Hab Pelabuhan dan Perkhidmatan Maritim apabila kerja pembinaan siap sepenuhnya menjelang 2027.

Majlis dimulakan dgn pembacaan doa oleh Datuk Al Syeikh As Sayyid Afeefuddin Al Jailani, Pengerusi Al-Wariseen Trust & Darul Jailani International.

Program diteruskan dengan ucaptama daripada Pengerusi Eksekutif KLIP, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noormustafa Kamal Yahya, yang antara lain mengatakan,
“Majlis pecah tanah ini merupakan satu peristiwa bersejarah bagi Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi dan langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk menjadi hub maritim bertaraf dunia.”

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh.

Turut hadir di majlis ini, YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Pengerusi KLIP; Yang Teramat Mulia Kolonel Kehormat Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadr, Tunku Besar Tampin; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 1,000 kehadiran membabitkan para pelabur, pimpinan kerajaan, penduduk tempatan dan nelayan.

Di akhir majlis ini, Ketua Menteri turut menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara syarikat pelabur dan pengurusan KLIP, Linggi Base Sdn. Bhd.

Majlis yang sangat bersejarah ini turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi, Ahli Lembaga Penasihat, Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai Tadbir GISB Holdings.

Moga aktiviti maritim Malaysia akan bertambah maju di peringkat serantau dan antarabangsa yang memberi banyak manfaat kepada penduduk negeri Melaka dengan terbinanya KLIP kelak.

Views: 705

Reviews for Majlis Pecah Tanah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi

There are currently no reviews for Majlis Pecah Tanah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi
Scroll to top