Majlis penyampaian sijil penghargaan ‘Misi Selamatkan Kuda di Ampang’

Views: 6

KUALA LUMPUR, 08.02.2023
Satu majlis penyampaian sijil penghargaan sempena misi selamatkan kuda di Ampang telah diadakan di Ikhwan Delight (ID) Sungai Penchala di sini baru-baru ini.

Ia adalah rentetan misi menyelamatkan 3 ekor kuda yang terbiar dan sakit oleh Unit Berkuda PDRM yang diketuai oleh DSP Nurhidayah Damahoori setelah mendapat aduan dari orang awam dan sebelumnya risikan telah dilakukan oleh CDERT PGSS.

Puan Syuhada Kamaruddin seorang pencinta kuda mengenali YBhg Tuan Mohd Adib dan pasukan Ikhwan Equestrian telah mencadangkan untuk mengadakan majlis ini.

Atas persetujuan YBhg Tuan Adib selaku CCO GISBH merangkap Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU), Ikhwan Equestrian & RPU Bikers, agar majlis itu diadakan di Ikhwan Delight Sungai Penchala, Kuala Lumpur dan dibiayai oleh pihak GISBH.

Majlis Hi-tea yang diadakan pada jam 3 petang itu dihadiri hampir 50 orang terdiri daripada para penerima sijil penghargaan iaitu CDERT PGSS (APM), Unit Berkuda PDRM & Stable RPEC.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Kapten Bersekutu (PA) Puan Syuhada dari SSC Recources, diiringi ucapan DSP Puan Nurhidayah dari Unit Berkuda PDRM, Dr Saravanakumar S.Pillai dari Persatuan Gagasan Sukarelawan Se-Malaysia (PGSS).

Turut hadir untuk menyampaikan sijil perhargaan tersebut ialah Tuan Arie Dwi Andika Presiden Persatuan Haiwan Malaysia dan Saudara Deny Iskandar dari Rahman Putra Ekuestrian Centre (RPEC).

Ucapan oleh YBhg Tuan Ajwad At-Tamimi mewakili YBhg Tuan Adib At-Tamimi telah dipetik untuk diulang-siar oleh mereka yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan alunan beberapa buah nasyid oleh Ybhg Tuan Muhammad Ubadah.

Para pengunjung yang tidak menyangka kesungguhan Ikhwan Equestrian dalam mengendalikan majlis ini mengatakan, Equine negara ini lebih kukuh dengan penglibatan pihak Ikhwan Equestrian.

Moga melalui sukan sunnah berkuda ini akan merapatkan hubungan Ikhwan Equestrian dengan semua pihak yang berkenaan dan dapat bekerjasama dalam perkara-perkara yang memberi faedah bersama.

Views: 6

Reviews for Majlis penyampaian sijil penghargaan ‘Misi Selamatkan Kuda di Ampang’

There are currently no reviews for Majlis penyampaian sijil penghargaan ‘Misi Selamatkan Kuda di Ampang’
Scroll to top