BOGOR, 25.11.2022
Seramai 23 pasang pengantin di kalangan staf GISBH Indonesia telah diraikan di Majlis Perkahwinan Beramai-ramai pada hari ini, Jumaat 25 November 2022 di Gedung Harmony Banquet Halls di sini.
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung meriah dengan hadirnya tetamu VIP, tetamu dari kalangan sanak saudara pengantin begitu juga tetamu dari kalangan kenalan, para simpati, pelanggan-pelanggan setia permis perniagaan GISBH juga wakil-wakil NGO dan kerajaan.
Acara berlangsung lancar dan meriah dimulakan dengan perarakan 23 pasang pengantin diiringi paluan kompang dan yang menjadi daya penarik utamanya ialah jumlah pasangan pengantinnya ramai malah ada yang berpoligami.
Di antara tetamu VIP yang hadir ialah Bapak Dr Ahmad Muklis Yusuf, Ketua Dewan Amanah Universitas Tazkia Sentul, yang juga memberi ucapan tahniah mewakili para tetamu.
Dalam ucapannya beliau menceritakan pengalaman dua kali pertemuannya dengan pengasas GISBH, Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad yang sangat memberi kesan di hatinya.
Antara yang hadir juga Bapak Prof. Dr. Aries Mufti, Anggota Komiti Ekonomi dan Industri Nasional (KEIN) Indonesia. Beliau juga baru terpilih sebagai ‘Tokoh Syariah Indonesia Tahun 2022’.
Seterusnya, Bapak Ir. Syueib, seorang peneliti bidang kehutanan dan kawan rapat Bapak Presiden Joko Widodo sejak lama kerana sama-sama berada di bidang kehutanan.
Antara yang hadir juga, Dr. Yulianto Syahyu, SH. MH. Ketua Lembaga Bantuan Hukum (LBH) ICMI Pusat, juga sebagai peguam di Jakarta, Bapak H Ubaidillah Marzuki, Ketua Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) Bogor, Bapak Ang Hendra, owner PT Putra Perkasa Genetika, syarikat yang akan berkerjasama dengan GISBH dalam membangun ternakan ayam berskala besar, Bapak Dr. Ir. Joni Haryadi, Kepala Badan Riset Pemuliaan Ikan, yang banyak memberi perhatian pada aktiviti GISBH di bidang perikanan, Bapak Dr. Asep, pimpinan Kebun Percobaan Muara (Sawah Muara), Bogor, Bapak Tri, dari Unit Pengawasan, Kantor Imigrasi Bogor yang banyak membantu dalam urusan imigresen staf GISBH Malaysia di Sentul.
Antara tetamu yang hadir, Bapak Ghian, Pengusaha Konveksi Pakaian dan juga emilik VILLA Syariah LAZUARDI di Bandung.
Beliau banyak memberi kemudahan kepada GISBH dalam menggunakan vilanya untuk aktiviti rehlah. Bapak Ghian yang datang sebelum sembahyang Jumaat datang semula selepas Jumaat untuk terus mengikuti semua program hingga selesai.
Beliau kelihatan sangat terkesan dengan dengan majlis yang diadakan yang menambah keyakinannya dengan perjuangan GISBH hingga mendorongnya untuk mengajak GISBH bekerjasama dalam mengendalikan Villa Lazuardi
miliknya sebagai vila patuh Syariah.
Juga hadir Bapak Camat Babakan Madang Sentul yang banyak membantu dan memberi kemudahan kepada GISBH dalam urusan pentadbiran dan surat menyurat.
Hadir juga beberapa orang wartawan dari beberapa media yang mengadakan liputan majlis ini dan mewawancara YBhg Tuan Ridwan juga wakil pengantin poligami dan monogami.
Kata Bapak H. Ubaidillah, “Ini tak ada duanya, (hanya satu-satunya begini) tak ada dalam mana-mana jemaah, organisasi dan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Hanya Global Ikhwan saja yang boleh buat.”
H. Ubaidillah juga bertanya apakah surat-surat nikah mereka diuruskan? Setelah dimaklumkan bahawa semua surat nikah diuruskan mengikut peraturan dan semuanya sah malah GISBH berusaha menjadi warga negara yang baik, beliau berkata, “Itu luar biasa. Sebab banyak pernikahan poligami dibuat secara sembunyi-sembunyi.”
Moga dasar ‘Islam adalah cara hidup’ yang diamalkan di dalam GISBH dapat dilaksanakan di tengah masyarakat Islam Indonesia agar semua pihak terhubung dengan Allah dan Rasul lalu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.