Majlis Pra Pelancaran Restoran Global Ikhwan Resort Oleh TPD Langkawi

Views: 14

KUAH, 14.07.2022
Yang berbahagia Timbalan Pegawai Daerah (TPD) Langkawi, Tuan Hj. Zulkifli bin Abdullah, telah menyempurnakan majlis pra pelancaran Restoran Global Ikhwan Resort (GIR) Langkawi, di sini baru-baru ini.

Restoran dan pusat peranginan ini adalah salah satu aktiviti perniagaan syarikat GISBH yang mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh Malaysia dan Indonesia serta 15 buah negara lain seluruh dunia.

Acara berlangsung dengan pemotongan reben perasmian di tangga lobi GIR oleh Tuan Hj. Zulkifli dan diikuti dengan bacaan doa oleh Tuan Syarif Hidayatullah, Pengarah GISBH Langkawi

Antara tetamu yang hadir termasuklah dua orang pegawai polis dari Balai Polis Kuah Langkawi, wakil Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA), beberapa orang warga emas dari Kg Kelibang, guru-guru dan 30 orang murid-murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kelibang yang sedang mengadakan aktiviti di kolam renang di situ.

Dalam tinjauannya ke pusat peranginan itu, Tuan Hj Zulkifli tertarik dengan bilik-bilik penginapannya yang agak luas.

“Walaupun dari luar nampak macam biasa sahaja, tapi bila masuk ke dalam, ada ada suasana pemandangan kampung, ditambah pula kelihatan gunung Raya dari sini,” ulas beliau yang juga dimaklumkan bahawa sebahagiannya masih dalam proses pengubahsuaian secara bertahap.

Di akhir majlis Tuan Syarif Hidayatullah telah menyampaikan cenderahati berupa hamper barangan ‘Ikhwan Brand by GISBH’ kepada Tuan Hj Zulkifli dan beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada GISBH dalam mengendalikan pusat pelancongan ini.

Global Ikhwan Resort Langkawi terdiri daripada 72 buah chalet-chalet penginapan dengan kemudahan kolam renang.

Restoran GIR ini melengkapkan lagi kemudahan yang sedia ada bukan sahaja sahaja untuk penginap resort bahkan untuk siapa sahaja singgah berkunjung ke sini.

Terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Jeti Kuah dan 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, GIR yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap hari menghidangkan makanan masakan kampung seperti masak lemak batang keladi, gulai lemak ikan masin, gulai siput sedut dan masakan panas.

Segala usaha dijalankan oleh GISBH dalam memberi khidmat kepada para pelancong dan pelanggan yang datang, bukan sekadar meraih keuntungan semata-mata, tetapi untuk merealisasikan tuntutan Hadis Nabi yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”.

Views: 14

Reviews for Majlis Pra Pelancaran Restoran Global Ikhwan Resort Oleh TPD Langkawi

There are currently no reviews for Majlis Pra Pelancaran Restoran Global Ikhwan Resort Oleh TPD Langkawi
Scroll to top