Majlis ramah mesra Menteri Pelancongan dengan pelajar-pelajar di restoran Nur Malaysia Paris

Views: 33

PARIS, 07.06.2022
Restoran Nur Malaysia Paris (RNMP) salah sebuah daripada rangkaian restoran GISBH menjadi pilihan untuk diadakan majlis ramah mesra Yang Berhormat Dato’ Sri Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia dengan pelajar-pelajar Malaysia di Perancis hari ini di sini.

RNMP yang terletak di 145-147 Rue Ordener, 75018 Paris ini menerima tempahan katering daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk makan malam seramai 30 orang.

Antara menu yang di hidangkan ialah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, paru berempah, acar timun, bubur pulut hitam, murtabak juga minuman sirap dan teh panas.

Di dalam majlis ini, YB Menteri Pelancongan diiringi oleh TYT Dato’ Zamruni Khalid, Duta Malaysia ke Perancis, Puan Afidah Arshad, Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Dr Christina Yeo Ken Yin, Setiausaha Bahagian (HAK) di Kementerian Pelancongan, En Nazim Dale, Wakil JPA di Kedutaan Malaysia di Paris dan En Libra Haniff, Pengarah Tourism Malaysia di Paris.

Di dalam ucap tamanya, YB Menteri Pelancongan mengingatkan para pelajar yang berada di Perancis suaya menjaga nama baik Malaysia dan mempromosikan negara kita kepada masyarakat antarabangsa khususnya rakyat Perancis.

YB Menteri juga memberi cenderahati kepada semua yang hadir berupa pek laksa Sarawak dan artikel-artikel Pelancongan Malaysia.

Sebagai Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Nancy tertarik dengan nama Restoran Nur Malaysia yang dipilih oleh YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali kerana menurutnya melalui nama pun telah mempromosikan Malaysia.

Setelah mempromosikan RNMP dalam rakaman video sebagai restoran halal dengan cita rasa Malaysia di Paris, beliau sudi menyampaikan dua pek cenderahati kepada wakil GISBH iaitu kotak sampel beras Bario dan beras Bireh hasil bumi Sarawak dan laksa kering Sarawak.

Pihak RNMP pula sempat menghidangkan kek lapis Sarawak yang dibuat sendiri oleh Staf RNMP kepada YB Menteri dan beliau mengakui ianya menepati citarasa kek lapis Sarawak.

Dr. Christina Yeo pula tertarik dengan kerjasama RNMP dengan Tourism Malaysia dalam mempromosikan Malaysia. Padanya staf RNMP adalah ‘frontliner’ dalam mempromosikan Malaysia di sini dan bercadang ingin mengadakan pertemuan khusus dengan wakil GISBH dalam masa terdekat.

Moga seluruh staf GISBH luar negara di mana sahaja mereka berada benar-benar menjadi wakil dalam mempromosikan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa melalui medium perniagaan yang mereka ceburi.

Views: 33

Reviews for Majlis ramah mesra Menteri Pelancongan dengan pelajar-pelajar di restoran Nur Malaysia Paris

There are currently no reviews for Majlis ramah mesra Menteri Pelancongan dengan pelajar-pelajar di restoran Nur Malaysia Paris
Scroll to top