Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH Kelantan disambut meriah

Views: 262

KOTA BHARU, 23.04.2024
Lebih 2000 orang tetamu hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH Kelantan 1445H/2024M
di Sam Sweet Gardens, sebuah dewan dengan konsep dewan dalam taman yang terkenal dengan pakej perkahwinan eksklusif di Jalan Hospital, di sini baru-baru ini.

Majlis dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan jamuan hari raya aneka juadah, persembahan pentas, pemberian cenderahati juga pameran perkembangan GISBH dan jualan produk terkini Ikhwan Brand.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Ust. Hj. Wan Roslan Wan Hamat, Pengarah Jawatankuasa Pendidikan Daerah Kota Bharu, En Safuan Hanapi, Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Putih, Tuan Dr Fazlan, Bendahari Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Antara juadah yang dihidangkan ialah nasi minyak, ayam masak merah dan acar, gulai ikan tongkol, nasi putih, ketupat, rendang, nasi himpit, bihun sup, laksam, kek Marble, agar-agar, Jus Ikhwan Guava, Soda Herb, sirap selasih, teh tarik dan kopi O. Kambing golek dan sate paling mendapat sambutan pengunjung kali ini.

Pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat dengan syarikat GISB Holdings dan pimpinannya di pameran maklumat terkini GISBH melalui carta-carta yang dipamerkan.

Terdapat juga produk-produk terkini Ikhwan Brand seperti jus Ikhwan yang diimport dari Mekah dan Ayam Goreng Ayyam Sihat Fatih hasil dari ladang ternakan ayam milik GISBH dan juga diproses sendiri oleh staf GISBH yang mendapat sambutan baik mereka yang hadir.

Mi segera Dudomi yang diimport GISBH dari Turkiyie mendapat perhatian ramai kerana ianya sihat, tanpa MSG, menggunakan tepung bukan GMO tanpa pewarna dan perisa tambahan.

Semoga dengan adanya majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti ini, hubungan antara GISBH dengan masyarakat akan bertambah erat untuk melahirkan kerjasama di antara kedua pihak dalam membangunkan agama, bangsa dan negara.

Views: 262

Reviews for Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH Kelantan disambut meriah

There are currently no reviews for Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH Kelantan disambut meriah
Scroll to top