Majlis Silaturrahim Remaja Pembela Ummah di Saza Beach Villa & Chalets

Views: 24

KUALA LINGGI, MELAKA. 08.03.2022
Satu pertemuan santai yang dinamakan ‘Majlis Silaturrahim’ anjuran Remaja Pembela Ummah (RPU) telah diadakan di Saza Beach Villa & Chalets, di sini selama 3 hari, bermula 8 Mac hingga 10 Mac 2022.

Majlis yang sarat dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun itu
bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim sesama kenalan RPU berjaya menarik seramai 128 orang peserta dari seluruh pelusuk tanah air.

Majlis menjadi lebih bermakna apabila dihadiri sendiri Ketua Remaja Pembela Ummah, YBhg Tuan Mohd Adib At-Tamimi dan para kepimpinan RPU.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sembahyang berjemaah, dialog ramah mesra, sukan sunnah berkuda, permainan ‘archery combat’, sukan tinju, juga aktiviti sukan air seperti berenang, berkayak dan menaiki bot laju.

Rata-rata peserta meluahkan rasa terharu terhadap usaha-usaha kepimpinan RPU di bawah GISBH dalam menjayakan program seumpama ini dan berharap ia dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Moga program yang dianjurkan atas niat menjalinkan silaturrahim ini mendapat sebesar-besar rahmat dari Allah Taala.

Views: 24

Reviews for Majlis Silaturrahim Remaja Pembela Ummah di Saza Beach Villa & Chalets

There are currently no reviews for Majlis Silaturrahim Remaja Pembela Ummah di Saza Beach Villa & Chalets
Scroll to top