Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Views: 686

PUTRAJAYA, 04.01.2024
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah di pawagam GSC, IOI City Mall di sini baru-baru ini.

Seri Paduka, yang diiringi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Eksekutif serta Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, meluangkan masa hampir dua jam menonton filem itu bersama barisan pelakon antaranya Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dan Nur Heliza Helmi.

Filem arahan Shahruddin Dali dan Saiful Reza itu merupakan susulan kepada filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ yang berjaya mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2022 sehingga berjaya mencatat kutipan lebih RM97 juta.

Ikhwan Equestrian (IE) menerima jemputan 2 tiket untuk Tayangan Perdana ini tetapi dari Team Production mengizinkan kesemua 7 orang team untuk ikut serta dalam tayangan ini memandangkan penglibatan secara langsung IE dalam penggambaran.

Ia bermula apabila pihak produksi filem ini tidak dapat persetujuan kelab-kelab berkuda untuk mendapat khidmat kuda dalam filem tetapi IE atas keizinan Tn Mohd Adib At-Tamimi membenarkan penglibatan kuda-kudanya dalam penggambaran.

Sebanyak 4 ekor kuda IE terlibat dalam filem ini iaitu Alissa, As-Saqaf, Faroq dan Qassim (Kereta Kuda) dan seramai 5 orang team Ikhwan Stud Farm (ISF) terlibat sebagai staf dalam penggambaran selama 4 bulan ini.

Beberapa orang dari ISF juga terlibat sebagai pelakon tambahan khususnya berkenaan menunggang kuda dan menjadi ‘stuntman’.

Filem yang diinspirasi daripada kisah benar mengenai usaha Awang lakonan Fattah Amin yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan Tok Gajah agar tidak dibunuh tentera British ketika mengiringinya bagi mendapatkan bantuan perlindungan daripada
Terengganu diadakan penggambarannya di Taman Botani Shah Alam, Dengkil Wetland Park, Tadoom Banting dan Kesuma Stable, Semenyih.

Antara respon Datuk Yusof Haslam,
“Alhamdullillah nampak filem ni mengkedepankan peranan Sukan Sunnah dalam dunia Islam juga peranan Muslimah dalam perang.”

Di majlis tayangan ini, Ybhg Tuan Syarif Hidayatullah, salah seorang Pengarah Zon GISBH sempat menyapa Seri Paduka Baginda YDP Agong dan menyampaikan salam YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH kepada baginda.

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Januari ini

Moga GISBH dapat meneruskan kerjasama yang bermanfaat dengan semua pihak untuk menambah kasih sayang yang menjadi kekuatan bangsa dan negara.

Views: 686

Reviews for Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

There are currently no reviews for Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah
Scroll to top