Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan CEO GISBH tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Views: 8

KUALA LUMPUR, 25.07.2022
Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Bhokin Bhalakula telah hadir ke Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala bagi menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di sini baru-baru ini.

MoU yang berlangsung pada 22 Julai 2022 ini adalah antara Persatuan Kebudayaan dan Ekonomi Thai-Cina (TCEA) diwakili oleh pengerusinya Prof Dr Bhokin Bhalakula sendiri, GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan SuanPalm Farmnok Company Limited (SFC),Thailand, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jidapa Tansawat.

MoU ini bertujuan meningkatkan produktiviti dalam industri makanan, latihan belia dalam membina jati diri dan kerjasama dalam bidang hartanah & pembangunan, sumber tenaga, eksport import, kereta elektrik dan bateri, pembangunan kewangan dan pelaburan.

TCEA, GISBH dan SFC mengesahkan kepentingan bersama mereka dalam meningkatkan pengeluaran industri makanan bagi mengatasi isu keselamatan makanan semasa.

TCEA, GISBH dan SFC turut mengiktiraf hasrat setiap entiti untuk membangunkan generasi belia yang mempunyai jati diri sebagai pemimpin masa depan negara.

Antara skop MoU ini adalah tekad setiap satu untuk bekerjasama dalam aktiviti meningkatkan industri makanan dan mengenal pasti peluang dalam aktiviti ekonomi, mencari kaedah dalam menambah baik dan menyelesaikan isu berkaitan keselamatan makanan, mengadakan aktiviti antara kedua-dua pihak dalam membina sahsiah belia dan mempromosikan cara hidup yang lebih baik untuk kebaikan semua juga meneruskan perbincangan apabila ada peluang untuk memastikan sejauh mana aktiviti koperasi boleh dilaksanakan pada masa hadapan.

Semua pihak juga bersetuju untuk meneroka kerjasama selanjutnya dalam bidang pembangunan hartanah, tenaga, eksport import, kenderaan elektrik dan bateri, pembangunan kewangan dan pelaburan.

MOU yang akan berkuat kuasa untuk tempoh 5 tahun ini bukan sahaja memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat malah diharapkan dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand.

Views: 8
Scroll to top