Marat Kabaev mengalu-alukan kunjungan GISBH ke Rusia

Views: 781

KASPIYSK, 6 Julai 2024
Mr Marat Kabaev, International Assembly of Islamic Business (IAIB) mengalu-alukan kedatangan rombongan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB) yang juga merupakan anggota IAIB ke Republik Dagestan, Rusia di sini hari ini.

Beliau berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, yang mengetuai rombongan kerana menerima pelawaan beliau melawat Rusia.

Sejak selepas menghadiri Forum Kazan Dunia Islam-Rusia 2024 dan Ekspo Halal Rusia 2024, yang berlangsung dari 15 hingga 17 Mei yang lalu, Tn. PE GISBH telah menyuarakan hasratnya untuk berkunjung ke Dagestan.

Haji Abdullah, wakil IAIB di Dagestan dan Mr. Shamil, wakil IAIB di Kazan mewakili Mr. Marat Kabaev telah bersedia menyambut ketibaan rombongan GISBH di Dagestan.

Ia dapat dilihat bilamana urusan membawa masuk motohome GISBH ke Dagestan berjalan lancar sedangkan kenderaan luar sangat susah untuk masuk ke Rusia lebih-lebih lagi jika datang dari Eropah.

Sebagai tetamu, ketibaan Tn Nasiruddin dan rombongan mendapat pemeriksaan imigresen dan kastam yang lebih mudah.

Motohome ini, sebagai mana yang kita semua ketahui adalah satu ekspedisi jalan darat dari Mekah ke Melaka sempena International Islamic Trade and Tourism Expo awal Ogos ini.

Inilahlah laluan motorhome ini ke Melaka bermula dari Mekah, Arab Saudi-Qatar-UAE-Bahrain-Kuwait-Iraq-Turkiye-Georgia-Dagestan-Kazakhstan-China-Laos-Thailand dan berakhir di Malaysia.

Haji Abdullah sangat berbesar hati menyambut dan meraikan ketibaan Tn. PE GISBH dan rombongan dan beliau juga telah mengatur segala perbelanjaan termasuk makan minum, penempatan dan pengangkutan.

Haji Abdullah juga sedia mengiringi Tn. PE GISBH ke mana sahaja beliau pergi sepanjang lawatan di Dagestan ini malah Mr. Shamil, yang menetap di Naberezhnye Chelny, sejauh 2200 km dari Dagestan, turut bersama dan bersedia untuk memberikan membantu.

Begitulah persaudaraan erat sesama saudara se-Islam yang dibina oleh Tn. Nasiruddin melalui misi, Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah di kalangan masyarakat Islam walaupun berbeza bangsa dan negara.

Moga Allah kuatkan Islam dan umatnya sempena Tahun Hijrah 1446 ini.

Views: 781

Reviews for Marat Kabaev mengalu-alukan kunjungan GISBH ke Rusia

There are currently no reviews for Marat Kabaev mengalu-alukan kunjungan GISBH ke Rusia
Scroll to top