Masjid Cahaya Iman anjur aktiviti sukan sunnah

Views: 38

RAWANG, 21.02.2023
Satu aktiviti sukan sunnah berkuda dan memanah telah diadakan di perkarangan Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, di sini baru-baru ini.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Biro Pemuda Masjid Cahaya Iman yang diketuai oleh Tuan Reza Mahar dan ditaja bersama oleh GISB Holdings Sdn Bhd.

Seramai 105 peserta telah hadir, majoritinya adalah kanak-kanak berumur 12-14 tahun, ditemani oleh ibu bapa mereka yang sama-sama beraktiviti, termasuk seorang peserta berumur 67 tahun tercatat sebagai peserta paling tua.

Menerusi Biro Pemuda, pihak pengurusan masjid menyediakan dana sebanyak RM2,000 untuk menjayakan program ini, melibatkan 2 ekor kuda, termasuk pengurusan dan promosi, manakala pihak GISBH menaja 2 ekor kuda tambahan, peralatan memanah, penyediaan makan minum, PA Sistem, jurugambar, 16 fasilitator lelaki dan perempuan yang memberi tunjuk ajar secara latihan dalam kumpulan bernilai RM5,000.

Puan Syuhada Kamaruddin, sukarelawan dari Majlis Ekuin Malaysia (MEM) turut membantu di dalam program ini.

Beliau adalah kenalan YDH Tuan Adib Attamimi, Presiden Remaja Pembela Ummah GISBH dan Tuan Reza Mahar, di mana mereka bertiga pernah terlibat menjayakan majlis ‘Penghargaan Operasi Selamatkan Kuda’ yang diadakan di Ikhwan Delight Sungai Penchala pada 3 Februari lalu.

Pendaftaran program bermula jam 8:30pagi, diikuti solat sunat Dhuha dan tazkirah dipimpin dan diisi oleh Nazir Masjid Cahaya Iman YBhg Ustaz Fauzi@Hashim Abd Rani.

Peserta kemudiannya diberi taklimat khusus dan praktikal berkaitan sukan sunnah berkuda oleh Puan Syuhada, diikuti sesi menunggang kuda dengan pengawasan fasilitator Ekhwan Equestrian.

Pada sebelah petang, peserta diberi taklimat dan praktikal sukan sunnah memanah oleh Ikhwan Archery.

Para peserta memberi respon positif terhadap program ini dan ibu-bapa menyatakan ia perlu kerap diadakan untuk menjauhkan anak-anak dari bermain telefon bimbit yang melalaikan.

Program ini juga mendapat respon positif dari pihak JAIS, bilamana YBhg Ustaz Fauzi@Hashim memaklumkan pihak JAIS meminta diadakan lagi pada bulan hadapan (Mac).

Dengan adanya program sukan sunnah seperti ini, bukan saja dapat menghindari golongan remaja khususnya dari terjebak dalam aktiviti yang melalaikan, bahkan mengikat hati untuk kasih dan rindu pada Baginda Rasulullah SAW.

Views: 38

Reviews for Masjid Cahaya Iman anjur aktiviti sukan sunnah

There are currently no reviews for Masjid Cahaya Iman anjur aktiviti sukan sunnah
Scroll to top