Maulidur Rasul 1445H disambut meriah warga kerja GISBH dengan perarakan

Views: 688

RAWANG, 28.09.2023
Maulidur Rasul 1445H disambut meriah warga kerja GISBH Pusat dengan perarakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi, Ketua Pegawai Penyelaras GISBH merangkap Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU), barisan kepimpinan yang lain serta pelbagai lapisan staf dan kanak-kanak.

Perarakan ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid, YBhg Puan Azura Mohd Yusof dan barisan pimpinan yang lain.

Perarakan bertambah meriah dengan penyertaan pasukan haiwan tunggangan Rasulullah SAW dari Ikhwan Equestrian iaitu 5 ekor kuda jenis Thoroughbred dan 2 ekor jenis Miniature juga pasukan RPU Bikers dengan motor berkuasa tinggi Kawasaki Ninja H2R, Ducati Panigale dan kereta pacuan 4 Roda.

Semuanya dibuat dengan niat menyatakan rasa gembira dan membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.

Moga Allah anugerahkan rasa cinta dan rindukan baginda yang menjadi dorongan kekuatan untuk berjuang menghidupkan sunnahnya di akhir zaman dan mendapat syafaat baginda di akhirat sana.

Views: 688

Reviews for Maulidur Rasul 1445H disambut meriah warga kerja GISBH dengan perarakan

There are currently no reviews for Maulidur Rasul 1445H disambut meriah warga kerja GISBH dengan perarakan
Scroll to top