Maulidur Rasul disambut meriah di bumi Haramain

Views: 0

HUDAIBIYAH, 08.10.2022
Majlis sambutan Maulidur Rasul telah disambut secara meriah oleh warga Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) GISBH di sini, baru-baru ini.

Seramai 31 orang telah terlibat dalam pelbagai acara yang diadakan dari pagi hingga malam yang turut hadiri Ketua Setiausaha Zon (KSUZ) Haramain dan Dubai GISBH, Ybhg Tn Rizal Rosli dan Setiausaha Zon Dubai, En Ikrimah Rashid.

Majlis bermula dengan acara perarakan di Jabal Hasnan, jamuan sarapan pagi dan wada’ dengan Ybhg Tn Rizal Rosli dan En Ikrimah.

Selepas itu, program disambung dengan acara sukan Bola Baling.

Pada sebelah malam pula diadakan jamuan makan malam, penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Sementara itu, sambutan Maulidur Rasul juga disambut meriah oleh kaum muslimah terdiri dari RPUM dan kaum ibu di Villa GISBH Mekah, dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam.

Antara acara yang telah diadakan termasuklah perarakan, pertandingan nasyid berkumpulan, kuiz Maulidur Rasul, aktiviti sukan sunnah-berenang, jamuan makan tengahari dalam bentuk shellout, Taqwa Hunt(treasure hunt berkonsep Islam) dan majlis penyampaian hadiah.

Semoga segala aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan silaturrahim sesama staf di samping menambahkan rasa rindu terhadap baginda Rasulullah SAW.

Views: 0

Reviews for Maulidur Rasul disambut meriah di bumi Haramain

There are currently no reviews for Maulidur Rasul disambut meriah di bumi Haramain
Scroll to top