Meningkatkan kualiti takwa untuk menentang kezaliman

Views: 437

MEKAH, 10.04.2024
Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali menyeru seluruh staf GISBH dan masyarakat umum agar meningkatkan kualiti takwa dan tidak berlebih-lebihan bergembira di hari raya dalam keadaan saudara seagama kita di Gaza sedang sangat menderita di zalimi musuh-musuh Allah.

Itulah antara isi Perutusan Aidil Fitri 1445H/2024M yang disampaikan oleh PE GISBH yang disiarkan dalam media sosial GISBH di internet.

Terdahulu di dalam perutusan tersebut beliau memberi ucapan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri – maaf zahir dan batin – kepada semua pimpinan negara dan anggota masyarakat dan juga kepada seluruh warga kerja GISB Holdings yang sedang berhari raya di lokasi masing-masing di 20 buah negara.

Beliau mengajak semua penonton untuk menginsafi diri yang tidak layak merayakan Aidil Fitri lantaran belum benar-benar membaiki diri sepanjang Ramadhan hingga fitrah kembali suci untuk bebas tunduk kepada Allah semata-mata bukan mengikut hawa nafsu.

Mengakhiri bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, GISBH meneruskan program rohani staf-stafnya dengan perlaksanaan puasa sunat 6 Syawal serentak di seluruh cawangannya bermula daripada 4 Syawal.

Manakala aktiviti bersama masyarakat diteruskan selepas itu dengan majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang akan diadakan di 11 lokasi di Malaysia termasuk di Pattani, Thailand selain menziarahi kenalan dan tokoh masyarakat juga memenuhi jemputan mereka.

Moga Allah kembaikan roh semua umat Islam kepada fitrah yang suci hingga dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Views: 437

Reviews for Meningkatkan kualiti takwa untuk menentang kezaliman

There are currently no reviews for Meningkatkan kualiti takwa untuk menentang kezaliman
Scroll to top